Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 October, 2011

Pondok di sebelah taman Mini Stadium Sri Aman jadi 'port' orang kurang siuman

Caption: PERLU TINDAKAN...Gambar menunjukkan dua orang lelaki dipercayai kurang siuman yang sedang melepak di kawasan pondok taman terbabit hari ini.

SRI AMAN, Sabtu (8 Okt) – Bandar Sri Aman sememangnya terkenal dengan panggilan Bandar Benak menjadi identiti unggul dikalangan penduduk dari seluruh pelusuk negeri Sarawak.

Kecantikkan landskap dan juga kemajuan yang mula menjadi semakin pesat dalam Bandar Sri Aman menjadikan pengunjung luar tidak keberatan untuk singgah bagi melawat beberapa kawasan pelancongan di sini.

Namun begitu kehadiran individu tertentu yang gemar melepak dan mengotorkan kawasan pondok taman berdekatan dengan kawasan Stadium Mini Majlis Daerah Sri Aman semenjak dari dahulu hingga sekarang.

Apatah lagi jika kawasan pondok terbabit terletak di sebelah jalan raya dan sekaligus menjadi perhatian mudah buat pengguna jalan mahupun pengunjung luar yang masuk ke dalam bandar ini.

Tinjauan Utusan Sarawak selama ini mendapati bahawa pondok berkenaan telah menjadi ‘perhentian tetap’ buat golongan individu yang dipercayai kurang siuman bermula dari pagi hingga petang.

Golongan terbabit tidur di situ dan adakalanya membawa kotak untuk direntang di kawasan lantai pondok terbabit sekiranya bahagian bangku simen pondok berkenaan sudah di’tempah’ oleh rakan mereka yang lain.

Tindakan sebegini akhirnya mengotorkan lagi kawasan pondok terbabit dan ia tidak termasuk plastik makanan serta sampah yang dibawa oleh golongan berkenaan ke kawasan pondok itu.

Walaupun tiada pihak yang boleh menghalang golongan terbabit melepak di pondok berkenaan, tindakan individu itu secara tidak langsung telah menyebabkan pihak majlis ‘tidak lepas tangan’ untuk membersihkan kawasan tersebut.

Justeru satu tindakan perlu dilakukan secara halus dan perlahan bagi membolehkan individu terbabit tidak lagi melepak dan mengotorkan kawasan pondok taman berkenaan di masa akan datang.

Tamat.


No comments:

Post a Comment