Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 October, 2011

Peristiwa perlawanan pertama skuad unggul Sri Aman iaitu Zaimie Team bagi perlawanan pertama dalam Kumpulan B Zon Selatan Liga JUara JUara Sarawak 2011







Caption:

1. RASMI...Harden (tengah) menyempurnakan upacara sepak mula perlawanan sambil disaksikan oleh tetamu khas dan pemain pasukan di sini kelmarin.

2. BERENTAP...Zaimie Team (putih) sedang berentap dengan pasukan Marr Sc Akjaemura (kelabu hitam) ketika berlangsungnya perlawanan berkenaan.

- 11 Okt

Skuad serba kental dari Sri Aman iaitu Zaimie Team kecundang di tangan skuad Marr Sc Akjaemura dalam perlawanan kedua bagi Kumpulan B Zon Selatan Liga Juara-Juara Sarawak 2011 yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Sri Aman kelmarin.

Zaimie Team hanya kalah tipis menerusi jaringan gol 1- 2 di tangan Marr Sc Akjaemura menerusi perlawanan berkenaan yang disaksikan sekitar 100 orang penduduk bermula jam 4.10 petang hingga 6.04 petang.

Pada permulaan perlawanan, kedua-dua pasukan saling berasakan untuk menjaringkan gol pertama masing-masing sehinggalah skuad Marr Sc Akjaemura berjaya membuka tirai jaringan menerusi pemain mereka iaitu Richard Gangga.

Richard berjaya memanfaatkan peluang di hadapan gol lawan apabila menyepak masuk lantunan bola dari jarak enam meter dan seterusnya menewaskan penjaga gol Zaimie Team iaitu Abdullah Sanyut pada minit ke-33 perlawanan.

Zaimie Team yang gagal menjaringkan sebarang gol hingga tamat babak separuh masa pertama perlawanan nyata berjaya menyamakan kedudukan gol 1 – 1 menerusi pemainnya iaitu Kamaluddin Taha pada babak separuh masa kedua perlawanan.

Kamaluddin berjaya menyempurnakan sepakan percuma jarak jauh dan seterusnya menewaskan penjaga gol Marr Sc Akjaemura iaitu Mohd Hanif pada minit ke-61 perlawanan.

Zaimie Team yang banyak mencipta peluang berbahaya untuk menjaringkan gol pada sepanjang masa perlawanan akhirnya tersentak apabila gawang mereka sekali lagi bolos pada minit ke-82 perlawanan.

Kekeliruan pemain Zaimie Team atas tuntutan sepakan penalti di kawasan petak lawan telah membolehkan Marr Sc Akjaemura membuat serangan balas yang pantas hingga kapten mereka iaitu Macswyzer Riot menjaringkan gol kedua pada perlawanan itu.

Riot ketika itu hanya berdepan dengan seorang pemain pertahanan Zaime Team iaitu Mohd Israk Ismail sebelum berjaya melolosi benteng halangan dan menewaskan penjaga golnya iaitu Abdullah Sanyut.

Zaimie Team yang terdesak untuk kembali mendapatkan gol penyamaan telah mengandakan asakan hingga akhirnya terpaksa akur terhadap kekalahan mereka setelah pengadil perlawanan, Yusri Deris meniup wisel penamat perlawanan.

Terdahulu, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Datuk Francis Harden Hollis telah menyempurnakan upacara sepak mula perlawanan sebelum menyampaikan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Persatuan Bola Sepak Sri Aman.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak, Haji Razali Dorhan, Timbalan Persatuan Bola Sepak Sri Aman, Wan Safri Wan Abdullah dan ahli Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment