Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 October, 2011

Penduduk Selantik Ili, Pantu happy jalan tar masuk kampung

Caption: BARU...Gambar menunjukkan keadaan jalan kampung yang bakal sedang dinaiktaraf ke jalan berturap selepas ini.

PANTU, Khamis (7 Okt) – Penduduk Kampung Selantik Ili, Pantu berasa gembira apabila pihak kerajaan akhirnya melaksanakan projek naiktaraf terhadap beberapa buah laluan jalan kampung di situ semenjak minggu lepas.

Projek naiktaraf yang bermula pada hari Rabu minggu lepas itu adalah berupa kerja menurap laluan jalan kampung ke beberapa buah rumah persendirian yang terdapat di kawasan rumah panjang berkenaan.

Ketua kampungnya iaitu Hearold Ernest ketika ditemui berkata beliau telah memohon kepada pihak kerajaan bagi tujuan menaiktaraf jalan kampung di Selantik Ili, Pantu semenjak tahun 2009 lepas.

“Hasrat penduduk Kampung Selantik Ili, Pantu akhirnya telah termakbul apabila pihak kontraktor terlantik telah datang ke sini untuk membuat kerja penyukatan jalan kampung sebelum projek itu bermula minggu lepas,” katanya.

Walaupun projek berkenaan dianggap kecil namun ia menurut beliau telah memberi makna cukup besar terhadap semua penduduk Selantik Ili yang tidak sabar mahu menikmati projek berkenaan.

Projek menurap jalan kampung berkenaan katanya bakal mengubah taraf hidup penduduk Selantik Ili, Pantu yang mengimpikan kemudahan perhubungan lebih berkualiti selepas ini.

“Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah menunaikan impian penduduk Kampung Selantik Ili, Pantu dengan menurap jalan kampung yang terdapat di sini pada masa sekarang,” katanya.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati pihak kontraktor masih sedang melaksanakan kerja meletakkan dasar batu sebelum tar diturap atas kesemua laluan jalan berkenaan dalam masa terdekat kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment