Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 October, 2011

Pembinaan jambatan baru SK Nanga Klassen bukti keprihatinan kerajaan terhadap rakyat - Harden

Caption: TERIMA KASIH...Harden (kanan) sedang menyampaikan cek kepada David (kiri) sambil disaksikan oleh Masir (dua kanan) dan Ismawie (tengah) ketika berlangsungnya majlis itu.


SRI AMAN, Sabtu (15 Okt) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan sentiasa membela dan menjaga keperluan hidup rakyat dari pelbagai segi dan bukannya seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak sebelum ini.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Datuk Francis Harden Hollis berkata kerajaan tidak boleh mengecewakan harapan rakyat memandangkan mereka telah memberi mandat kepada BN untuk memerintah negeri ini pada pilihan raya umum sebelum itu.

“Salah satu contohnya ialah apabila kerajaan bertindak membina sebuah jambatan baru di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen bernilai lebih RM400,000 bagi menggantikan jambatan gantungnya yang telah usang.

“Ia adalah hasil usaha kerajaan berhubung masalah yang sering melanda murid dan kakitangan guru di sini lebih-lebih lagi ketika berlakunya banjir disebabkan oleh musim hujan selama ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Perumahan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Baru dan Majlis Merarau bertempat di SK Nanga Klassen, Sri Aman kelmarin.

Selain itu Harden juga mahu rakyat terus mengukuhkan hubungan kerjasama dengan kerajaan agar usaha pembangunan dapat terus dilaksanakan dalam kawasan mereka selepas ini.

“Justeru saya berharap agar rakyat tidak mudah mendengar hasutan pihak pembangkang menjelang pilihan raya umum akan datang memandangkan BN melakukan yang terbaik bagi membangunkan hidup mereka selama ini,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh, Guru Besar SK Nanga Klassen, David Renang, Yang Dipertua PIBG SK Nanga Klassen, Daniel Sawing dan Timbalan Pengerusi MDSA, Jimmy Chong.

Harden menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 bagi tahun ini dan RM5,000 bagi tahun 2012 kepada pihak PIBG SK Nanga Klassen serta peruntukan bernilai RM80,000 bagi membina kemudahan bekalan air bersih di situ.

Tamat.

No comments:

Post a Comment