Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 October, 2011

Ng Wei Chia juara kategori lelaki, Yang Tze Wee juara kategori perempuan Pertandingan Nyanyian Karaoke Lagu-Lagu Mandarin Bagi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Peringkat Bahagian Sri Aman – Betong



1.TAHNIAH..Harden (tengah) menyampaikan piala kepada juara kategori perempuan iaitu Yang Tze Wee ketika sambil disaksikan oleh Sim (kanan sekali) pada majlis berkenaan.

2. UNTUK ALBUM...Harden (belakang tiga kiri) bergambar kenangan bersama tetamu khas dan peserta pemenang pada majlis berkenaan.

SRI AMAN, Jumaat (21 Okt) – Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Simanggang nyata mengungguli Pertandingan Nyanyian Karaoke Lagu-Lagu Mandarin Bagi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Peringkat Bahagian Sri Aman – Betong malam tadi.

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Law Ngee Mung, SJK Chung Hua Simanggang itu menyaksikan peserta tuan rumah iaitu Ng Wei Chia muncul johan bagi kategori lelaki pertandingan berkenaan.

Manakala itu Ng Jia Tao dari SJK Chung Hua Engkilili pula menduduki tempat kedua dengan Liew Hung Kang, juga dari SJK Chung Engkilili menduduki tempat ketiga dalam pertandingan itu.

Tan Wei Yeng dari SJK Chung Hua Min Syn menduduki tempat keempat manakala dua orang lagi peserta iaitu Chieng Kai Xieh dari SJK Chung Hua Min Syn dan Yeo Kai Lok dari SJK Chung Hua Maludam memperoleh saguhati bagi pertandingan itu.

Kategori perempuan pula menyaksikan Yang Tze Wee dari SJK Chung Hua Simanggang muncul juara dengan Lee Xin Yi juga dari pihak tuan rumah dan Eleanor dari SJK Chung Hua Engkilili muncul naib johan dan pemenang tempat ketiga dalam pertandingan itu.

Elanne Sharrone dari SJK Chung Hua Engkilili muncul pemenang tempat keempat dengan Annie Lim dan Wong Sie Fang dari dari SJK Chung Hua Min Syn memperoleh saguhati dalam pertandingan itu.

Hadiah berupa piala dan hamper kepada para pemenang terbabit telah disampaikan oleh Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Datuk Francis Harden Hollis selaku patron utama dalam majlis terbabit.

Peserta pemenang dalam pertandingan berkenaan akan dipilih untuk mewakili Bahagian Sri Aman – Betong ke Pertandingan Nyanyian Karaoke Lagu-Lagu Mandarin peringkat negeri yang akan berlangsung di Bintulu pada 6 November kelak.

Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Guru-Guru Sekolah Aliran Cina Sri Aman, Lai Ngit Sin, Pengerusi Lembaga Sekolah SJK Chung Hua Simanggang, Temenggong Sii Toh Peng dan setiausahanya Kapitan Kuek Aik Seng dan pengerusi pengelola, Sim Kung Hui.

Sejumlah 10 buah sekolah mengambil bahagian dalam pertandingan itu antaranya ialah SJK Chung Hua Simanggang, SJK Chung Hua Undop, SJK Chung Hua Lingga, SJK Chung Hua Pantu, SJK Chung Hua Maludam, SJK Chung Hua Min Syn, SJK Chung Hua Kabong, SJK Chung Hua Spaoh dan SJK Chung Hua Pusa.

No comments:

Post a Comment