Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 October, 2011

Masalah rakyat, modal pembangkang - Mong


Caption: UNTUK ALBUM...Mong (empat kanan) bergambar kenangan bersama (dari kanan sekali) Lumpoi, Nyalau, Masir, Snowdan, Rayong dan Tr Lanchum serta tetamu khas yang lain ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Sabtu (1 Okt) – Masalah rakyat adalah merupakan modal penting bagi pihak pembangkang demi meraih sokongan politik daripada mereka selepas ini demikian menurut Menteri Muda Pertanian, Datuk Mong Dagang.

Katanya pihak pembangkang akan menggunakan masalah yang diadukan oleh rakyat kepada mereka untuk dijadikan sebagai isu bagi menentang pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

“Pembangkang sememangnya akan menganggap aduan masalah rakyat sebagai ‘sumber pendapatan’ penting mereka bagi menjatuhkan martabat Kerajaan BN pada pilihan raya parlimen nanti.

“Justeru adalah tidak wajar bagi rakyat untuk mengadu masalah masing-masing kepada pihak pembangkang memandangkan mereka hanya akan menjadikan ia sebagai senjata politik menjelang musim pilihan raya nanti,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negero (ADUN) Bukit Begunan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam JKKK Rumah Lanchum Dagang, Sungai Tenggang, Pantu di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu Mong juga mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan janji pihak pembangkang yang menawarkan pertolongan untuk menyelesaikan masalah mereka selepas ini.

“Justeru saya menyeru rakyat khasnya dari kawasan luar bandar agar terus berdiri teguh di belakang Kerajaan BN demi mempermudahkan lagi usaha pembangunan di kawasan mereka pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Pengerusi Pengelola Majlis, Lumpoi Giseng, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Terdahulu Mong pada majlis itu mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM8,000 kepada JKKK Rumah Lanchum, Sungai Tenggang, Pantu, Sri Aman.

Turut sama mengumumkan peruntukan pada majlis itu ialah Masir (RM5,000 untuk JKKK, RM3,000 untuk biro wanita), Snowdan (RM5,000 JKKK, RM2,000 biro wanita), Rayong (RM3,000 untuk JKKK) dan Nyalau (RM3,000 untuk JKKK).

Tamat.





No comments:

Post a Comment