Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 October, 2011

Maktab Pernguruan Rajang, Bintangor adakan seminar ilmu sain dan pendidikan jasmani


Caption:

1.UNTUK ALBUM...Raymond (duduk tengah) bergambar kenangan bersama ahli panel dan para peserta sebaik sahaja selesai seminar berkenaan.

2. TAHNIAH...Raymond (kanan) menyampaikan sijil kepada seorang peserta (kiri) sambil disaksikan oleh Dr Ong (tengah) pada majlis berkenaan.

SRI AMAN, Selasa (11 Okt) – Pendedahan berkaitan dengan perkembangan penyelidikan Pendidikan Jasmani (PJ) dan bidang Sains Sukan mampu membantu negara meningkatkan prestasi sukan ke tahap yang lebih membanggakan selepas ini.

Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang, Raymond Gai Panting @ Gaie berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Seminar Penyelidikan PJ & Sains Sukan Sarawak 2011 di IPG Kampus Rajang di Bintangor menerusi siaran media baru-baru ini.

Ilmu sukan katanya semakin penting pada hari ini kerana ia adalah satu disiplin atau bidang ilmu yang mengkaji aplikasi prinsip saintifik dan teknik dengan tujuan memperbaiki prestasi kesukanan.

“Seperti yang kita maklum, ilmu ini juga merangkumi aspek pemakanan dan makanan seimbang manakala sains sukan pula penting kepada semua tidak kira usia, bangsa dan latar masyarakat.

“Lagipun ilmu ini diperlukan dalam hidup manusia pada setiap hari kerana ia berkaitrapat dengan ilmu biomekanik iaitu pergerakan manusia dan cara anggota tubuh badan manusia menghasilkan pergerakan, kestabilan tubuh, daya dan imbangan yang optimum,” katanya.

Justeru ilmu ini katanya menjadi penting dalam bidang sukan kerana kemahiran dalam biomekanik bukan sahaja boleh menstabilkan tubuh badan malah boleh memulakan pergerakan dengan lebih pantas dan mengelakkan kecederaan. 

Terdahulu seminar selama dua hari itu telah menghimpunkan para ahli panel yang tidak asing lagi dalam arena sukan tanah air iaitu Profesfor Madya Dr. Jabar Haji Johari (bekas Pengarah Institut Sukan Negara, ISN), Prof. Madya Dr. Wee Eng Hoe (penulis buku sukan), Dr. Balbir Singh Gill (Universiti Malaya), Dr. Chen Chee Keong (USM, Kubang Kerian) serta En. Muhtasham Katan (Panel Pendidikan Kejurulatihan, BAM).

Seminar  yang dijayakan seramai 16 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) major PJ Semester 8 ini bertujuan untuk mengumpulkan para pakar akademik sukan, saintis sukan, para pendidik bidang PJ, instruktur sukan, kecergasan serta pihak yang berkaitan dengan bidang PJ, industri sukan dan kesihatan.

Seminar ini juga telah dihadiri seramai 150 peserta yang terdiri daripada guru-guru PJ serta guru-guru pelatih dari 4 buah IPG Zon Sarawak iaitu IPG Kampus Rajang sendiri, IPG Kampus Sarawak Miri, IPG Kampus Batu Lintang Kuching dan IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.

Ia juga bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang perkembangan sains sukan terkini ke arah pembentukan atlet yang berkualiti disamping menjadi platform terbaik bagi para pakar serta penyelidik sains sukan untuk berkongsi pengalaman dan hasil kajian.

Hadir sama dalam majlis itu termasuklah Ketua Jabatan PJK IPG Kampus Rajang merangkap penyelaras seminar, Dr. Ong Kong Swee serta para pensyarah IPG.

Tamat.

1 comment: