Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 October, 2011

Komuniti 1 Malaysia berfungsi bangunkan rakyat - Harden


Caption: TAHNIAH...Harden (kiri) menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang sambil disaksikan oleh Saini (tengah), Fachrio (kanan) dan Ismawie (tiga kiri) ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Isnin (3 Okt) -  Penubuhan Komuniti 1 Malaysia sememangnya amat bersesuaian dan bertepatan dengan tujuan asal penubuhannya sebagai penyalur maklumat di peringkat umbi terhadap rakyat.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Datuk Francis Harden Hollis berkata penubuhan Komuniti 1 Malaysia ini juga dilihat mampu memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum dalam negeri ini.

“Komuniti 1 Malaysia juga berfungsi sebagai Orang Tengah dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan telus mengenai dasar-dasar kerajaan masa kini untuk penduduk di kawasan dalam dan luar bandar.

“Pentingnya ialah kita tidak mahu melihat rakyat terpinggir dalam mencapai arus pembangunan yang dirancangkan oleh kerajaan selaras dengan kehendak Gagasan 1 Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Perumahan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Sepakat Bestari 2011 bertempat di Mini Stadium Sri Aman malam tadi.

Harden juga berharap agar rakyat dapat terlibat secara langsung dalam semua agenda pembangunan ini supaya mereka terus mengecap nikmat kemajuan demi meningkatkan sosio ekonomi dan taraf hidup masing-masing selepas ini.

“Justeru saya berharap agar rakyat sedar bahawa kerajaan komited untuk membangunkan hidup mereka seperti menerusi perlaksanan Projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan banyak lagi,” katanya.

Hadir sama ialah wakil Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Saini Bojeng, Pegawai Daerah Sri Aman, Fachrio Ferdian Shah, Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh, para kakitangan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Terdahulu Majlis Penutupan Program Sepakat Bestari 2011 telah diserikan dengan pelbagai acara menarik antaranya ialah Senam Cergas 1 Malaysia, Sukaneka Piala Pusingan Komuniti 1 Malaysia Bahagian Sri Aman, Futsal Piala Pusingan Komuntii 1 Malaysia dan sebagainya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment