Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 October, 2011

Kaum muda Iban digalak miliki buku terbitan Tun Jugah Foundation - Harden


Caption: MANFAATKAN...Harden (kiri) menyerahkan buku Sebar Reti dan Jako Dalam kepada Samuel (kanan) sambil disaksikan oleh ahli Ketua Masyarakat Kaum Iban Sri Aman pada majlis itu.

SRI AMAN, Rabu (12 Okt) – Generasi muda kaum Iban pada masa sekarang digalakkan untuk memiliki dua buah buku terbitan baru Tun Jugah Foundation selepas ini demikian menurut Menteri Muda Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis.

Dua buah buku terbitan Tun Jugah Foundation terbabit menurut beliau adalah Sebar Reti (Kamus Bahasa Iban) dan Jako Dalam (Perumpamaan Bahasa Iban) yang ditulis oleh Dr Robert Menua dan Janang Ensiring.

“Generasi muda kaum Iban khasnya golongan pelajar digalakkan untuk memiliki buku terbitan Tun Jugah Foundation ini demi memantapkan lagi penguasaan ibunda dalam diri masing-masing.

“Orang dewasa juga boleh memiliki buku ini. Ia penting agar bahasa asli kaum Iban terus terpelihara dan masih boleh dipertuturkan oleh anak cucu kita pada masa akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika Majlis Pemimpin Bersama Ketua Masyarakat Kaum Iban Bahagian Sri Aman bertempat di sebuah restoran dalam bandar ini baru-baru ini.

Selain itu Harden juga mengalakkan semua kesatuan atau pertubuhan berkaitan kaum Iban untuk turun padang bagi terus memperhebatkan usaha penguasaaan Bahasa Iban dikalangan generasi muda pada masa sekarang.

“Jutseru diharap usaha mereka ini nanti akan dapat membantu kerajaan dalam mengekalkan bahasa ibunda milik pelbagai kaum dalam negara ini khasnya Sarawak di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Harden menerusi majlis berkenaan telah menyampaikan sejumlah 30 buah unit buku Sebar Reti dan 30 buah unit buku Jako Dalam kepada Ketua Masyarakat Kaum Iban Bahagian Sri Aman.

Buku berjudul Sebar Reti terbabit telah dibeli oleh beliau sendiri di Tun Jugah Foundation dengan harga RM100 sebuku manakala buku berjudul Jako Dalam pula telah dibeli dengan harga RM40 sebuku.

Pengerusi Ketua Masyarakat Kaum Iban Bahagian Sri Aman iaitu Pemanca Samuel Lawen telah menerima buku berkenaan sambil disaksikan oleh bala ketua kaum di kawasan Sri Aman.

Tamat.




No comments:

Post a Comment