Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 October, 2011

JKR Betong adakan Kempen Gotong Royong pada 13 Oktober ini

Caption: MARI BANNER...Banner daripada pihak penganjur menunjukkan tarikh dan lokasi penganjuran Kempen Derma Darah yang bakal berlangsung di Betong kelak.

SRI AMAN, Isnin (10 Okt) – Kelab Sokanjaya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong akan menganjurkan Kempen Derma Darah 2011 bertempat di Lobi Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri Betong pada 13 Oktober ini.

Siaran media hari ini memberitahu Kempen Derma Darah 2011 yang turut mendapat kerjasama Kelab SHECom JKR Betong itu akan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

“Kempen Derma Darah ini juga bertujuan untuk menampung keperluan Bank Darah Hospital Betong bagi kegunaan para pesakit yang memerlukan bekalan darah untuk sepanjang masa.

“Malahan Kempen Derma Darah ini juga turut memberi peluang kepada orang ramai khususnya dari sekitar kawasan Betong untuk membuktikan keprihatinan mereka terhadap keperluan pesakit di hospital selama ini,” katanya.

Selain itu pihaknya juga telah mensasarkan penglibatan peserta pada kempen derma darah ini nanti yang terdiri daripada orang awam, kakitangan kerajaan dan agensi swasta dari bandar ini.

Justeru beliau berharap agar orang ramai dapat datang beramai-ramai Kempen Derma Darah 2011 yang bakal berlangsung di Lobi Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri Betong pada 13 Oktober ini.

“Disamping membantu menambah bekalan darah di Bank Darah Hospital Betong, kempen ini nanti juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan perpaduan di antara mereka,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment