Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 October, 2011

Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Peringkat Zon 3 berlangsung dengan penuh meriah

 Budak 1 : "I lontar ini telur sama u. Kalau u pukul kena, i belanja u makan cikedis,"
Budak 2 : "Cepat kasi lontar supaya i pukul itu telur kena u muka..jeng jeng,"
Budak 3 & 4 : "ayOoo cepatlah, apa pasai sangat lama?"
Makcik : "Adik adik, ingat ya taktik yang cikgu ajar semalam. Teknik Lontaran Maut dari Kabupaten,"

 Budak merah 1 : "I mau lalu, tapi u block. Kasi buka lubang la,"
Budak kuning 1 : "Langkah kepala i dulu, eh salah, badan i,"
Budak kuning 2: "Jangan kasi itu Britney Spear lalu ya Christina Alguerera,"

 Kakak 1 : "Hah, apa lagi adik! masuk lah celah kangkang tu,"
Kakak 2 : "Yalah, kalau i, memang i menglonsor bawah tu,"
Kakak 3 baju putih: "Oii budak tu main tipu, dia simpan keropok dalam dia seluar,"




SRI AMAN, Khamis (7 Okt)  – Jabatan Kemajuan Masyarakat atau KEMAS Sri Aman telah menganjurkan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Peringkat Zon 3 2011 bertempat di Kompleks Sukan Sri Aman hari ini.

Acara sehari itu melibatkan penyertaan seramai 250 orang kanak-kanak dari kawasan parlimen iaitu KEMAS Parlimen P.202 Sri Aman, KEMAS Parlimen P.203 Lubok Antu, KEMAS Parlimen P.204 Betong dan KEMAS Parlimen P.205 Saratok.

Pelbagai aktiviti telah diadakan demi memeriahkan suasana sambutan Hari Potensi Kanak-Kanak terbabit antaranya ialah pertandingan Futsal, Bola Jaring, Rounders, Galah Panjang, Silat dan Gerak Rama.

“Aktiviti Hari Potensi Kanak-Kanak ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak bagi menunjukkan bakat dan kreativiti disamping memupuk nilai murni di dalam diri masing-masing.

“Justeru kita berharap agar aktiviti ini dapat menanam semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan kanak-kanak termasuk ibu bapa, masyarakat dan pemimpin,” menurut kenyataan terbabit.

Terdahulu acara Galah Panjang dan Gerak Rama telah dimenangi oleh Tabika KEMAS Parlimen Sri Aman dengan Tabika KEMAS Saratok mengondol kemenangan bagi Bola Jaring dan Futsal, Tabika KEMAS Betong memenangi Rounders serta Silat.

KEMAS Parlimen Lubok Antu telah memenangi anugerah Guru Inovasi atau Pemaju Masyarakat Contoh manakala anugerah Kanak-Kanak Cemerlang pula dimenangi oleh KEMAS Sri Aman.


Majlis penutupan rasmi dan penyampaian hadiah Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Peringkat Zon 3 ini telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Sri Aman, Johnathan Lugoh.

Turut hadir ialah Pengarah KEMAS Sarawak, Abang Rabaee bin Abang Muhi, Pengerusi Pengelola, Hairani Solo, para pegawai kanan kerajaan, kakitangan KEMAS  dan ketua kaum di sini.

Peserta yang telah memenangi acara dalam pertandingan ini akan mewakili KEMAS Zon 3 untuk bertanding ke pertandingan peringkat negeri di Kuching bermula dari 11 – 14 Oktober kelak.

Tamat.


No comments:

Post a Comment