Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 October, 2011

180 kanak-kanak sertai Pertandingan Mewarna Tabika Perpaduan


Caption: UNTUK ALBUM...Harden (belakang tengah) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu khas, para kanak-kanak tadika dan kakitangan pejabat perpaduan ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Ahad (16 Okt) – Pasukan Rumah Kuning dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Program Sukaneka Dan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Bahagian Sri Aman di Mini Stadium Sri Aman kelmarin.

Program anjuran Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman itu menyaksikan pasukan Rumah Oren, Biru, Merah dan Hijau masing-masing menduduki tempat naib juara hingga tempat ke-5 dalam pertandingan itu.

Manakala itu Pertandingan Mewarna Kategori Empat Dan Lima Tahun yang diadakan bersempena program itu menyaksikan Afiitzizi Mohd Amin dari Kawasan Rukun Tetangga Kampung KRT Hilir muncul juara bagi kategori berkenaan.

Kemenangan beliau diikuti oleh Fazarul Zaim Jahari dan Christina Tining yang berada di kedudukan naib juara dan pemenang tempat ke-3 bagi Pertandingan Mewarna Kategori Empat Dan Lima Tahun itu.

Pertandingan Mewarna Bagi Kategori Enam Tahun pula menyaksikan  Ahmad Azhar Bin Embrace dari Kawasan Rukun Tetangga Taman Sri Jaya Campaka muncul juara bagi kategori berkenaan.

Kemenangan beliau diikuti oleh Sabnan Rafie dari Kawasan Rukun Tetangga Kampung Hilir Alamanda dan  Jennifer Either  dari Kawasan Rukun Tetangga Taman Sri Jaya Campaka yang memperoleh kedudukan naib juara dan tempat ketiga bagi kategori itu.

Menteri Muda Perumahan Dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Francis Harden Hollis telah merasmikan program ini dan seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang dan peserta individu.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Sri Aman, Johnathan Lugoh, Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh, Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Rickado Dolen, Temenggong Sii Toh Peng, kakitangan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment