Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 November, 2010

Tekankan 1Murid 1Sukan - Kulok Laga



Caption:

1. TAHNIAH...Kulok sedang menyampaikan hadiah kepada seorang peserta ketika berlangsung kejohanan sukan di situ baru-baru ini.

2. UNTUK ALBUM...Kulok (tengah kiri) ketika merakamkan gambar kenangan bersama para penerima hadiah pertandingan karaoke di situ sempena kejohanan terbabit.

ENGKILILI, Selasa (2 Nov) - “1 Murid 1 Sukan” ditekankan kepada semua murid seperti yang telah diwar-warkan oleh Kementerian Pelajaran Malayasia, demikian menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Engkilili No.2 iaitu Kulok Laga.

Justeru beliau mahu semua murid SK Engkilili No.2 mempamerkan potensi atau bakat terpendam masing-masing dalam semua acara sukan sekolah menerusi perlaksanaan konsep 1Murid 1Sukan ini pada masa akan datang.

“Contohnya terdapat beberapa orang murid SK Engkilili N0.2 pada tahun ini telah berjaya dipilih untuk mewakili sekolah kita dalam acara sukan ke peringkat bahagian.

“Ini menunjukkan bahawa murid kita mempunyai potensi terpendam dalam bidang sukan. Justeru saya harap bakat sukan mereka dapat diperluas dengan lebih meluas menerusi konsep itu selepas ini,” katanya.

Kulok berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Olahraga Antara Rumah-Rumah Sukan bertempat di padang SK Engkilili No.2, di daerah kecil Engkilili, Sri Aman bermula 26 hingga 28 Oktober lepas.

Terdahulu Pasukan Rumah Perdana telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan Kejohanan Olahraga Antara Rumah-Rumah Sukan SK Engkilili No.2 manakala Pasukan Rumah Wira dan Pasukan Rumah Perdana pula menduduki kedudukan naib juara dan tempat ke-3.

Turut diadakan juga ialah Pertandingan Karaoke Antara Rumah-Rumah Sukan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap I dan Kategori Tahap II.

Vannesa telah dinobatkan sebagai Johan Tahap 1 bagi Pertandingan Karaoke Antara Rumah-Rumah SK Engkilili No.2 manakala Easter dan Glenn Peter pula masing-masing menduduki tempat naib juara dan ketiga bagi kategori berkenaan.

Manakala itu pula kategori Tahap II menyaksikan adik Floryana Deang dinobatkan sebagai juara sambil diikuti oleh Davidson Mike dan Angeline yang menduduki tempat naib juara dan ketiga bagi kategori berkenaan.

Kakitangan SK Engkilili No.2 juga turut terlibat dalam beberapa buah pertandingan dalam kejohanan tersebut. Hadir sama ialah Penolong Kanan (PK) 1, PK Hal Ehwal Murid, PK Kokurikulum, kakitangan sekolah dan ibu bapa murid.

Tamat.

No comments:

Post a Comment