Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 November, 2010

SK Kem Pakit tempa sejarah dalam UPSR 2010


Caption: KAMI BERJAYA...Pelajar SK Kem Pakit ketika meraikan kejayaan mereka sebaik sahaja keputusan UPSR 2010 diumumkan hari ini. Turut kelihatan ialah Jaleha (duduk dua kanan).


SRI AMAN, Khamis (11 Nov) – Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Pakit di bawah kendalian Guru Besarnya, Nasir Narawi buat julungkali menempa sejarah menerusi pencapaian tertinggi sekolah berkenaan dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010.

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh Penolong Kanan HEM, Jaleha binti Johari di Dewan Perkasa SK Kem Pakit pada jam 9.30 pagi hari ini, sekolah terbabit telah mencapai peratus keseluruhan kelulusan pelajar lulus sebanyak 87.5 peratus iaitu peningkatan sebanyak 10.5 peratus berbanding 77 peratus bagi UPSR tahun lepas.

“SK Kem Pakit, menerusi UPSR 2010 kali ini mencatatkan sejumlah 96.8 peratus pelajar lulus untuk subjek pemahaman Bahasa Melayu, 87.5 peratus untuk penulisan Bahasa Melayu, 90.6 peratus untuk Sains, 90.6 peratus untuk Bahasa Inggeris dan 90.6 peratus untuk Matematik.

“Kejayaan ini mendorong pihak SK Kem Pakit untuk mencatat keputusan lebih cemerlang dalam UPSR 2011 kelak sejajar dengan hasrat kita untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah Sekolah Harapan di masa akan datang,” katanya.

Menerusi 32 orang pelajar yang menduduki UPSR bagi tahun 2010 katanya seramai tiga orang pelajar telah memperoleh keputusan 5A manakala empat orang pelajar lagi pula memperoleh keputusan 4A 1B.

Pelajar yang memperoleh keputusan 5A ini menurut Jaleha ialah Nur Anis binti Ahad, Beatrice Rachel anak Cassius dan Arief Azraie bin Mohd Zahir manakala pelajar yang memperoleh keputusan 4A 1B ialah Muhd Aiman, Cythia Rajak, Benedict Lee dan Mohd Izzat Ayub.

Beliau menerusi pengumumannya juga itu berharap agar lebih ramai murid SK Kem Pakit memperoleh keputusan cemerlang terutama sekali 5A dalam UPSR pada tahun 2011 kelak.

Terdahulu kejayaan para pelajar dalam meraih keputusan cemerlang bagi UPSR 2010 hari ini turut diraikan bersama oleh ibu bapa dan guru-guru di dewan SK Kem Pakit berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment