Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2010

Seorang mati, seorang parah kemalangan di Pentik, Betong


Caption: TERUK...Seorang penarik kenderaan sedang meninjuau kereta Proton Wira milik mangsa dan rakannya yang musnah teruk akibat kemalangan yang berlaku di laluan selekoh tajam kawasan Pentik, Betong.


SRI AMAN, Selasa (9 Nov) – Seorang lelaki maut setelah kenderaan jenis Proton Wira yang dipandu olehnya bersama seorang rakan bertembung dengan sebuah lori menerusi kemalangan yang berlaku di laluan selekoh tajam, kawasan Pentik, Betong lewat petang kelmarin.

Sumber dari tempat kejadian memberitahu, kereta yang dipandu oleh mangsa yang tidak diketahui identitinya itu sedang dalam perjalanan menuju ke Betong dari arah Sri Aman bersama seorang rakannya sekitar jam 4 petang.

Sebaik sahaja tiba di kilometer 50 Jalan Sri Aman / Betong, kenderaan yang dipandu oleh mangsa dipercayai hilang kawalan dan seterusnya bertembung dengan lori yang secara kebetulan sedang menuju ke Sri Aman dari arah Betong.

“Mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika di tiba di laluan selekoh tajam, kawasan Pentik dan seterusnya merempuh di bahagian hadapan lori pengangkut baja yang sedang dinaiki oleh tiga orang lelaki.

“Pasukan bomba dari Betong telah berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di kenderaan sebelum dikejarkan ke Hospital Betong. Bagaimanapun lelaki terbabit meninggal dunia setelah tiba di hospital berkenaan,” kata sumber.

Rakan mangsa yang dikenali sebagai Siow Sing Wii, 28, kini pula sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak setelah mengalami kecederaan parah di kepala, patah kaki kanan.

Manakala ketiga-tiga orang lelaki yang menaiki kenderaan lori terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan berhubung kejadian kemalangan berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment