Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 November, 2010

Penduduk Beletik Undop happy dapat jambatan gantung baru



Mugshot: SANGGONG MERINGAI

Caption: TINJAU...Penduduk sedang menggunakan jambatan gantung baru yang dibina oleh kerajaan untuk kegunaan penduduk Beleti semenjak bulan Mei lalu.


SRI AMAN, Khamis (18 Nov) – Mantan Tuai Rumah Panjang Beletik Undop, Sri Aman iaitu Sanggong anak Meringai, 86, melahirkan rasa syukurnya ke atas usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu menyelesaikan masalah hidup mereka sebelum ini.

Ia terbukti apabila kerajaan BN menerusi wakil rakyatnya iaitu Datuk Francis Harden anak Hollis telah membina sebuah jambatan gantung yang baru merentangi Sungai Nanga San bagi memudahkan urusan ulang-alik penduduk Beletik ke dunia luar semenjak bulan Mei tahun ini.

“Krisis utama penduduk Beletik ialah apabila anak-anak rumah panjang kami terpaksa merentasi jambatan gantung yang sudah uzur dan boleh memberi ancaman keselamatan terhadap diri mereka ketika mahu turun ke sekolah.

“Syukurlah di atas usaha gigih Harden (Menteri Muda Kemajuan Tanah), sebuah jambatan gantung baru telah dibina tidak jauh dari jambatan gantung lama yang seterusnya memberi keselesaan terhadap penduduk kami di sini,” menurut beliau.

Bekas tuai rumah kepada sembilan buah keluarga dalam Rumah Panjang Beletik itu juga memberitahu bahawa beliau turut memohon daripada kerajaan untuk membina laluan berkayu merentasi kawasan paya ke rumah panjangnya sebelum ini.

Pembinaan laluan berkayu merentasi kawasan paya menuju ke rumah panjangnya kata Sanggong dapat memberi impak terhadap naiktaraf hidup penduduk Rumah Panjang Beletik yang kini dipimpin oleh Tuai Rumah baru iaitu Kenedy Gana.

Terdahulu jambatan gantung baru sepanjang 150 meter yang menelan kos pembinaan sebanyak RM200,000 ini telah dirasmikan oleh Harden selaku Menteri Muda Kemajuan Tanah dan ADUN Simanggang pada 14 November lepas.

Tamat.

No comments:

Post a Comment