Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 November, 2010

JKKK hubungkan kerajaan n rakyat - Harden


Caption: PENGHARGAAN...Harden (kanan) menerima cenderamata daripada Tr Seludan (kiri) ketika berlangsungnya majlis berkenaan.


SRI AMAN, Sabtu (30 okt ) - Jawatankuasa Keselamatan Dan Kebajikan Kampung (JKKK) perlu memainkan peranan sebagai sebuah ‘jambatan’ yang menghubungkan kerajaan dan masyarakat selepas ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis anak Hollis berkata ia penting demi memastikan kemajuan berterusan dari segi pelbagai aspek dalam sesebuah kelompok masyarakat pada masa kini.

“Kerajaan memerlukan pertubuhan seperti JKKK sebagai sebuah saluran penting untuk menyampaikan pelbagai masalah yang mempunyai hubung kait dengan sesebuah kelompok masyarakat terbabit kepada kerajaan.

“Tanpa penubuhan JKKK dalam sesebuah kelompok masyarakat maka pihak kerajaan tidak akan berupaya mendengar keseluruhan masalah yang wujud sebelum melaksanakan sesebuah projek pembangunan terutama sekali yang berkaitan dengan projek peningkatan taraf hidup,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika mengadakan pertemuan ringkas dengan penduduk Rumah Seludan, Temiang Hilir, Batu Lintang, Sri Aman kelmarin.

Sementara itu, beliau juga menyeru agar JKKK memainkan peranan mereka untuk memelihara kebajikan serta memastikan agar taraf keselamatan dalam setiap ahli masyarakat berkenaan sentiasa terjamin.

Kata Harden, setiap ahli JKKK perlulah meningkatkan tahap kerjasama di antara mereka demi memastikan setiap program yang berkaitan dengan kebajikan serta keselamatan anggota masyarakat itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Masyarakat telah melantik setiap anggota dalam sesebuah JKKK berkenaan dan mereka haruslah menjalankan kewajipan mereka dengan penuh komitmen demi merealisasikan kehendak masyarakat selama ini,” katanya.


Dalam majlis berkenaan, Harden telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada JKKK Rumah Seludan, Termiang Hilir.

Tamat.........

No comments:

Post a Comment