Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 November, 2010

Felicia pangku jawatan Residen Sri Aman hingga 1 Disember 2010 kelak


Caption: SELAMAT BERTUGAS...Shamshuddin (kanan) menyampaikan dokumen serah tugas kepada Felicia (kiri) sambil disaksikan oleh Desmond (dua kanan) dan Jack (tiga kanan) pada majlis berkenaan.

SRI AMAN, Isnin (15 Nov) – Felicia Tan Yian Hua secara rasminya memangku jawatan Residen Bahagian Sri Aman berkuatkuasa pada 15 November menerusi majlis yang berlangsung di Pejabat Residen Sri Aman pada jam 9.30 hari ini.

Felicia yang memegang jawatan Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Sri Aman sebelum ini memangku jawatan baru berkenaan daripada Abang Shamshuddin Abang Seruji yang telah memegang jawatan berkenaan bermula tahun 2006.

Beliau akan berpindah tugas ke Kuching setelah dilantik menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak mulai hari ini.

Bagaimanapun Felicia akan memangku jawatan sebagai Residen Bahagian Sri Aman sehingga 1 Disember ini bagi memberi laluan kepada perlantikan Abdul Rahman Sebli bin Sanusi sebagai Residen Bahagian Sri Aman yang baru.

Rahman yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Residen Bahagian Sri Aman sebelum dilantik untuk menjadi Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Warisan akan menyambung usaha membangunkan kawasan Sri Aman mulai bulan Disember kelak.

Hadir sama pada majlis itu ialah bakal Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi, Timbalan Residen (Pembangunan) Sri Aman, Desmond Douglas Jerukan dan Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat.

Tamat.

---> signal menjelang pilihan raya negeri tahun depan.

No comments:

Post a Comment