Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 November, 2010

Emelia juara Pertandingan Mengeja Betong


Caption: UNTUK ALBUM...Roslina (kanan sekali) ketika merakamkan gambar kenangan bersama murid, pihak penganjur dan kakitangan guru tabika sebaik sahaja tamat pertandingan berkenaan.

BETONG, Isnin (8 Nov) - Emelia Riviana Bunai dari Tabika Betong telah dinobatkan sebagai johan bagi Pertandingan Mengeja anjuran Perpustakaan Awam Majlis Daerah Betong (MDB) pada hari Sabtu lepas.

Emelia muncul juara setelah beliau berjaya membuktikan teknik dan bakat mengeja yang amat mengkagumkan dikalangan pengadil berbanding 24 orang peserta yang lain bagi pertandingan berkenaan.

Manakala itu kedudukan naib johan Pertandingan Mengeja ini telah disandang oleh Syasya Azzahrah binti Shamsubaharum daripada Tabika Kampung Tengah Betong manakala kedudukan tempat ke-3 pula dikongsi secara bersama oleh Asha Claire Nawie anak Allen dan Decoline Dinggu anak Philip dari Tabika Saint Augustine Betong.

Terdahulu Pembantu Perpustakaan Awam MDB, Roslina Blumbong ketika ditemui memberitahu pertandingan ini bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak terhadap kaedah mengeja, menulis dan membaca dengan lancar.

Kaedah pendengaran dan kepekaan dalam mendengar sesuatu, mengeja serta menulis merupakan asas bagi membaca dengan lancar pada peringkat awal usia kanak-kanak terbabit.

“Justeru pihak kita telah menganjurkan aktiviti yang sama bagi semua sekolah rendah dalam kawasan Betong yang juga merupakan kesinambungan program Hari membaca 2010 sebelum ini,” katanya.

Sementara itu guru Tabika Kemas Kampung Tengah Betong, Dayang Jaleha bt Hj Abang Mahdi ketika ditemui memberitahu akan bekerjasama dengan pihak Perpustakaan MDB bagi menjayakan program seumpama itu dari masa ke semasa.

Terdahulu program yang berlangsung di Perpustakaan Awam, MDB ini telah disertai oleh 25 orang kanak-kanak dari lima buah tabika di Betong iaitu Tabika Kemas kampung Tengah Betong, Tabika St Augustine Betong, Tabika Kampung Mangut Spaoh, Tabika Kampung Buda Spaoh dan Tabika Betong (SJK Chung Hua Betong).

Tamat.

No comments:

Post a Comment