Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 November, 2010



Caption:

1. TEKUN...Sebahagian daripada pengusaha Homestay yang melibatkan diri dalam kursus berkenaan di Kampug Benuk, Padawan.

2 TAHNIAH...Penyampaian sijil tamat Kursus Tourism English sambil disaksikan oleh Penyelaras Homestay Kampung Benuk iaitu Kanselor Isabell Julau.


SRI AMAN, Jumaat (12 Nov) – Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Tourism English Siri 1 / 2010 bertempat di Homestay Kampung Benuk, Padawan, Kuching baru-baru ini.

Jurucakap penganjur menerusi kenyataan berita hari ini memberitahu Kursus Tourism English Siri 1 / 2010 yang berlangsung di Homestay Kampung Benuk itu telah melibatkan penyertaan seramai 50 orang pengusaha Homestay dari seluruh negeri ini.

“Penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pengusaha Homestay @ Inap Desa adalah amat penting memandangkan peserta Homestay bukan sahaja terdiri daripada orang tempatan tetapi juga pelancong dari luar negara.

“Untuk itu pihak kita menerusi kursus ini telah memberi latihan disamping menggalakkan pengusaha homestay yang berdaftar dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik selepas ini,” katanya.

Penguasaan Bahasa Inggeris yang katanya secara tidak langsung dapat memudahkan para pengusaha Homestay untuk berkomunikasi dengan pelancong luar yang datang melawat ke kawasan homestay masing-masing di masa akan datang.

Justeru beliau berharap agar Kursus Tourism English Siri 1 / 2010 ini dapat memartabatkan lagi industri Homestay di negeri ini ke arah mengalakkan kedatangan lebih ramai pelancong di masa akan datang.

Terdahulu latihan Kursus Tourism English Siri 1 / 2010 ini disampaikan oleh Pengarah Ethos Connect International Consulting Sendirian Berhad iaitu Sim Ling Ling.

Kursus Tourism English Siri 1 / 2010 di Padawan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Sarawak iaitu Esther Douglas Udam manakala majlis penutupannya telah disempurnakan oleh wakil Pejabat Pelancongan Malaysia Sarawak iaitu Derek Jutem.

Tamat.

No comments:

Post a Comment