Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 November, 2010

Boss Pelajaran Daerah Betong bertukar baru


Caption: TERIMA KASIH...Mahli (kiri) menerima cenderamata daripada Ngatiyem (kanan) sambil disaksikan oleh Vivien (kiri sekali) dan kakitangan PPD yang lain pada majlis itu.

Oleh Saleman Senin

BETONG, Selasa (2 Nov) – Penjawat awam terutama sekali warga pendidik perlu melaksanakan tugas yang diberi dengan lebih sempurna serta teratur dari masa ke semasa demikian menurut Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Mahli bin Rosli.

Ia menurut beliau bagi mengelakkan tugasan yang diberi oleh pihak atasan kepada mereka menemui kelewatan atau tidak menepati masa tarikh siap jadual tugasan terbabit selepas itu.

“Anggaplah bahawa kita akan berpindah tugas pada esok hari dan tugasan kita itu tidak akan memberi kesan atau bebanan kepada orang yang bakal mengambilalih tugas kita,” menurut beliau.

Mahli berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Teh sempena meraikan majlis perpisahaan beliau yang akan menyambung tugas Pegawai Pelajaran Daerah Samarahan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong baru-baru ini.

Selain itu amalan Integriti, Amanah dan Bertanggungjawab kata beliau adalah merupakan kunci kejayaan kepada seseorang dalam melaksanakan tugasan seharian masing-masing dari masa ke semasa.

“Paling penting ialah semangat kerja berpasukan sentiasa menjadi amalan kita untuk setiap masa. Kejayaan sesuatu perkara bergantung sepenuhnya pada faktor ini dan juga sikap tolong-menolong ketika mengendalikan sesuatu perkara tersebut,” kata beliau.

Terdahulu Mahli telah memegang jawatan sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Betong bermula dari 1 Julai 2008 sebelum berpindah tugas ke Samarahan sebagai Pegawai Pelajaran di situ berkuatkuasa mulai 25 Oktober lepas.

Jawatan Pegawai Pelajaran Daerah Betong kini telah diambilalih oleh Samsuddin bin Abdul Rahman yang sebelum ini bertugas di Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

Terdahulu majlis Jamuan Teh berkenaan telah diadakan di Dewan Terbuka PPD Betong dan seramai 200 orang kakitangan PPD Betong, PPD Saratok, para pengetua dan guru besar di Daerah Betong.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pegawai Pelajaran Daerah Saratok iaitu Daud bin Mohamad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Vevien Mujah serta kakitangan jabatan berkenaan.

Mahli dianggap oleh para kakitangannya sebagaia seorang ketua jabatan yang komitmen dalam melaksanakan tugas disamping serius serta sering menekankan kepentingan tugas yang diamanahkan kepada semua kakitangan.

“Usaha gigih beliau sepanjang dua tahun dalam mengendalikan lapan buah sekolah menengah dan 47 sekolah rendah di Daerah Betong akhirnya membuahkan kejayaan hasil berkat kerjasama yang diberikan oleh para pengetua dan guru besar serta penduduk di Betong,” menurut seorang kakitangan beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment