Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 July, 2010

TBS Sri Aman hulur bantuan


Caption: MANFAATKAN...Shamsul (depan kiri) sedang menyampaikan bantuan keperluan masjid dan surau kepada penerima (depan kanan) menerusi majlis yang berlangsung di Pejabat TBS Sri Aman.

SRI AMAN, Isnin (5 Julai) – Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman telah menyerahkan bantuan keperluan masjid dan surau kepada lima buah kampung dan sebuah jabatan kerajaan baru-baru ini.

Pihak yang menerima bantuan keperluan Masjid dan Surau daripada pihak TBS Sri Aman ini ialah Kampung Medang di Pusa, Pekan Lachau, Kampung Skait dan Spaoh termasuk juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman.

Ketua Cawangan TBS Sri Ama iaitu Shamsul Bahri bin Manap menjelaskan bahawa bantuan yang dihulurkan adalah bertujuan untuk menambahbaik keperluan masjid dan surau yang sedia ada di kawasan penerima berkenaan.

“Ia merupakan tanggungjawab TBS dalam membantu mempertingkatkan aktiviti keagamaan yang sering dilaksana dalam surau atau masjid di kawasan penempatan penerima bantuan ini.

“Justeru saya menyeru para penerima untuk memanfaatkan sepenuhnya bantuan ini demi melancarkan lagi aktiviti dan pengurusan dalam masjid dan surau di kawasan penempatan masing-masing di masa akan datang,” katanya.

Beliau juga turut mengajak masyarakat Islam agar memikul tanggungjawab bersama dalam hal kebajikan jiran tetangga yang hidup daif supaya keperluan mereka dapat dibela dengan lebih baik selepas ini.

“Segala maklumat berhubung Zakat dan Agihan (bantuan) Tabung Baitulmal Sarawak boleh didapati melalui laman sesawang berikut iaitu http://www.tbs.org.my,” menurut beliau.


TBS Sri Aman juga turut menyampaikan bantuan berupa keperluan asas sarahidup kepada pemohon yang telah dikenalpasti sebagai daif dan juga bantuan kewangan bagi persatuan-persatuan Islam yang aktif dalam kerja sosial di sekitar Sri Aman.

Tamat

No comments:

Post a Comment