Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 July, 2010

Rayong wakili BN sampai bantuan bencana alam


Caption: IKHLAS...Rayong (empat kiri) ketika menyampaikan wang ehsan kepada Serit (dua kiri) pada majlis itu sambil disaksikan oleh Berayan (tiga kiri)

ENGKILILI, Selasa (6 Julai) - Seramai 210 warga tani dari lima buah rumah panjang dalam kawasan Skim Skrang menerima bantuan wang ehsan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) setelah tanaman padi mereka mengalami kerosakan akibar bencana banjir pada tahun lepas.

Lima buah panjang dari kawasan Skim Skrang, Engkilili yang menerima bantuan wang ehsan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM210,000 berkenaan adalah Rumah Muntai, Rumah Serit, Rumah Sim, Rumah Seli dan Rumah Rangkong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong anak Ngipa telah diberi penghormatan untuk menyampaikan wang ehsan berkenaan secara tunai berjumlah RM1,000 setiap seorang menerusi majlis ringkas yang berlangsung di Pejabat Kecil Daerah Engkilili baru-baru ini.

Beliau menerusi majlis ringkas berkenaan telah mengucapkan teima kasih kepada kerajaan BN atas sifat keprihatin mereka dalam menyelesaikan masalah penduduk Skim Skrang apabila tanaman mereka musnah disebabkan oleh banjir pada tahun lepas.

“Ini membuktikan bahawa kerajaan BN dibawah pimpinan Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan penduduk tanpa memilih latar belakang kaum dan agama selama ini.

“Saya sebagai wakil rakyat di kawasan ini mengucapkan terima kasih kepada BN kerana mengambil berat tentang masalah penduduk dengan menyalurkan bantuan seperti yang kita terima pada masa sekarang,” katanya.

Selain itu Rayong mahu penduduk berbilang kaum dalam negeri untuk terus mengekalkan hubungan perpaduan di antara satu sama yang lain demi membolehkan kerajaan melaksana pelbagai projek pembangunan untuk mereka di masa akan datang.

“Penduduk di kawasan luar bandar perlu sedar bahawa kerajaan amat serius dalam usahanya untuk mempertingkat taraf hidup mereka menerusi perlaksanaan projek bercorak pertanian, kemudahan infrastruktur, pendidikan dan sebagainya.

“Namun usaha ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan penuh lancar tanpa adanya sokongan dan hubungan perpaduan dikalangan penduduk berbilang kaum dalam negeri ini,” katanya.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pegawai Tadbir Daerah Kecil Engkilili Berayan, Pembantu Luar Kanan JASA N.28 Engkilili, Edwin anak Ancheh dan ketua ketua kaum di kawasan Skrang.

Tamat

No comments:

Post a Comment