Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 July, 2010

Persatuan Warga Tua Kuching lawat Persatuan Warga Tua Betong




Caption:

1. UNTUK KENANGAN...Zawawie (kanan) ketika menyampaikan cenderamata kepada Roland (kiri) pada majlis berkenaan.

2. MASIH HEBAT...Dua orang Warga Emas sedang memperagakan tarian Tandak Melayu ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

http://salemansenin.blogsot.com

BETONG, Jumaat (16 Julai) - Seramai 100 orang ahli Persatuan Warga Tua dari Bahagian Betong dan Kuching hadir pada Majlis Makan Malam sempena kunjungan mesra ahli persatuan berkenaan ke Betong malam tadi.

Majlis yang berlangsung di Dewan Jubli, Tapah Inn Betong itu dihadiri oleh 40 orang ahli Persatuan Warga Tua dari Bahagian Kuching dan 60 orang ahli Persatuan Warga Tua dari bahagian Betong.

Pertemuan yang telah dirancang oleh persatuan Warga Tua dari bahagian Kuching itu bertujuan untuk berkenal mesra sambil bertukar-tukar pandangan menerusi aktiviti yang dirancang dalam kegiatan persatuan berkenaan.

“Ia jugamerupakan aktiviti yang termaktub dalam takwim persatuan Warga Tua bahagian Kuching dimana semua ahli terdiri daripada masyarakat Tionghua yang berusia sekitar 60 hingga 80 tahun,” menurut jurucakap penganjur majlis.

Persatuan Warga Tua Bahagian Betong yang berada dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat Betong katanya mempunyai seramai 150 orang ahli berbanding dengan Persatuan Warga Tua dari Kuching yang mempunyai seramai 5,229 orang pada masa sekarang.

Terdahulu Penghulu Kampung Melayu Betong merangkap Pengerusi Persatuan Warga Tua Betong, Haji Abang Zawawie bin Abang Rajit berhasrat untuk menambah jumlah ahli persatuan warga tua di Betong selepas ini.

“Saya berharap agar ahli Persatuan Warga Tua Betong dapat menarik kemasukan lebih ramai ahli Warga Emas di sini agar kebajikan mereka sentiasa terjaga dan dibela pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah wakil Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Betong, Samad bin Kassim, Pengerusi Persatuan Warga Tua Bahagian Kuching, Ronald Law, Pemanca Alex Khoo dan para ketua kaum di sini.

Majlis makan malam itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah acara Bergendang, Tandak Melayu, Tarian Ballet, Twist dan Rentak Poco-poco serta nyanyian lagu karaoke.

Tamat.

No comments:

Post a Comment