Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 July, 2010

Pelajar SK Muton Debak terima duit KWAP




Caption:

1. GUNA DENGAN BAIK...Jamali ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu.

2. BERTUAH...Antara ibubapa dan murid SK Muton yang hadir bagi menerima bantuan KWAPM pada majlis berkenaan.


DEBAK, Sabtu – Seramai 91 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Muton, Debak telah menerima wang Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bernilai RM200 seorang di sini baru-baru ini.

Penerima yang terdiri daripada pelajar Tahun 2 hingga Tahun 6 sekolah berkenaan telah menerima wang terbabit menerusi majlis yang berlangsung di Makmal Komputer SK Muton.

Terdahulu Guru Besar SK Muton, Jamali bin Seman menerusi ucapannya menasihat para penerima menggunakan wang KWAPM ini untuk membeli peralatan dan bahan sekolah masing-masing.

“Bantuan KWAPM ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar membeli peralatan sekolah seperti pensil, pemadam, buku tulis, pakain seragam sekolah dan kasut baru selepas ini.

“Jangan membeli barangan yang tidak berfaedah dengan menggunakan duit berkenaan. Walaupun mungkin tidak mencukupi namun bantuan ini cukup memadai untuk meringankan beban tanggungan ibubapa di masa akan datang,” katanya.

Selain pihak sekolah kata Jamali akan memberi sepenuh kerjasama kepada ibubapa pelajar SK Muton Debak untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak di kelas masing-masing selepas ini.

“Kerajaan juga amat perihatin kepada kita dan telah memberi bantuan bagi menyediakan prasarana yang sempurna untuk kemudahan kita semua. Justeru ibubapa dan guru haruslah bekerjasama bagi memastikan kemudahan terbabit digunakan dengan sebaik mungkin,” menurut beliau.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Muton Debak, Dangiu anak Mamek, Penolong Kanan HEM SK Muton, Bujang @ Karim bin Ganti dan Penolong Kanan Kokurikulum, Mahmud bin Hasim.

Tamat.

No comments:

Post a Comment