Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 July, 2010

Lingga ada potensi - Naroden


Caption: TAHNIAH...Naroden (kanan) ketika menyampaikan hadiah kepada peserta sambil disaksikan oleh (dari kanan) Shamshuddin, Rahman, Simoi dan Bujang pada majlis itu.

LINGGA, Jumaat (23 Julai) – Kerajaan telah mengenalpasti daerah kecil Lingga sebagai kawasan yang berpontensi untuk dibangunkan dengan projek pertanian komersial selepas ini demikian menurut Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Haji Mohd Naroden Majais.

Katanya kawasan daerah kecil Lingga mempunyai keadaan geologi dan keluasan tanah yang sesuai untuk tujuan projek pertanian komersial seperti penanaman kelapa sawit dan padi.

“Kerajaan yakin kawasan Lingga mempunyai potensi ini. Justeru pelbagai projek telah dirancang bagi membangunkan kawasan daerah kecil Lingga dengan mewujudkan projek penanaman komersial selepas ini,” menurut beliau.

Naroden berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Lingga 2010 yang berlangsung di Pekan Lingga iaitu kira-kira 40 kilometer dari pusat Bandar Sri Aman hari ini.

Dengan adanya projek penanaman komersial ini nanti beliau yakin bahawa kawasan Lingga akan mengalami tranformasi pembangunan yang lebih pesat di masa akan datang dengan adanya pembinaan kemudahan jalan raya dan sebagainya.

Sementara itu Naroden juga mengalakkan wujud perkahwinan campur di antara penduduk berbilang kaum dalam negeri ini demi mengeratkan lagi hubungan perpaduan di antara mereka pada masa akan datang.

Galakkan terbabit katanya dapat membantu memperkukuhkan perlaksanaan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memacu pembangunan negara.

“Paling penting ialah penduduk mesti menyokong penuh perlaksanaan Gagasan 1Malaysia demi menjayakan segala projek pembangunan oleh kerajaan di masa akan datang,” menurut beliau.

Naroden menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan daripada Menteri Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan bernilai RM5,000 dan RM3,000 daripada beliau sendiri bagi membantu penganjuran Pesta Lingga pada tahun akan datang.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, ADUN Asajaya merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji dan Pegawai Daerah Sri Aman, Haji Bujang Mudin.

Pesta Lingga yang diadakan bermula 23 hingga 25 Julai ini di Pekan Lingga dimeriahkan lagi dengan penganjuran pertandingan karaoke, sukan air, gerai jualan beraneka dan banyak lagi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment