Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 July, 2010

Ketua kaum harus bermuafakat - Mong


Caption: TERIMAKASIH....Mong (tiga kiri) menerima cendermata daripada Tr Bangau sambil disaksikan oleh ex-Kaunselor Selimin Kering (kiri sekali) dan para ketua kaum.

SRI AMAN, Selasa (13 Julai) – Ketua kaum khasnya Tuai Rumah perlu bermuafakat di antara satu sama yang lain sekiranya ingin menikmati faedah pembangunan yang berterusan daripada pihak kerajaan Barisan Nasinal (BN) selepas ini.

Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Mong anak Dagang berkata sikap muafakat dikalangan mereka adalah amat penting demi membolehkan BN melaksana pelbagai pelan pembangunan yang mencakupi aspek politik, ekonomi dan sosial dikalangan penduduk dalam kawasan masing-masing.

“Projek pembangunan tidak akan berjalan dengan lancar jika Tuai Rumah gagal mewujudkan permuafakatan di antara ketua kaum yang lain begitu juga dengan penduduk yang berada di bawah jagaan mereka.

“Apa gunanya pembangunan yang dilaksana namun gagal mendapat sokongan padu daripada penduduk? Oleh itu kerugian yang wujud kerana kurangnya kesan positif hasil perlaksanaan projek itu akan ditanggung oleh penduduk serta ketua kaum itu sendiri,” menurut beliau.

Mong yang juga Menteri Muda Pertanian berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Bangau, Kemitin, Klauh anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak Bahagian Sri Aman baru-baru ini.

.

Selain itu Mong juga memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan terus memperhebatkan lagi usaha untuk membangunkan kawasan luar bandar dan pedalaman yang terdapat dalam negeri ini.

“Lagipun peruntukan yang diumumkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 sebelum ini menunjukkan kerajaan komited untuk membina kemudahan infrastruktur, bekalan air bersih dan elektrik untuk kawasan pedalaman Sarawak.

“Justeru saya berharap agar ketua kaum memainkan peranan lebih serius dalam menyebarkan dasar pembangunan BN di kawasan pentadbiran masing-masing selepas ini,” katanya.

Mong menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM8,000 kepada JKKK Bangau, Kemitin, RM5,000 untuk JKKK Agal Panggil Angkong, RM5,000 untuk JKKK Brayan Panggil Ulu, RM6,000 untuk JKKK Jawan Panggil Ili, RM5,000 untuk JKKK Medang Kemitin Tumai Mulong, RM3,000 untuk JKKK Luang Sungai Munggu Klauh RM3000 dan RM3,000 untuk JKKK Denis Tabak Kemitin.

Tamat……

No comments:

Post a Comment