Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 July, 2010

Join pertandingan Tandak Melayu 25 Julai ini


Mugshot: AWANG KELANA AWANG MAHYUDDIN


SRI AMAN, Sabtu (10 Julai) – Kaum lelaki dari sekitar kawasan Bahagian Sri Aman dipelawa untuk menyertai Pertandingan Gendang Tandak Melayu, Pertandingan Lagu Iban dan Lagu Melayu 60-an yang berlangsung di Mini Stadium Sri Aman pada 25 Julai ini nanti.

Jurucakap penganjur, Awang Kelana Awang Mahyuddin berkata ketiga-tiga pertandingan ini nanti diadakan bersempena dengan Majlis Berambih Bersama Menteri anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Norita, KRT Taman Srijaya, KRT Taman Harmoni dan KRT Kampung Muhibbah.

“Setiap KRT dari sekitar kawasan Sri Aman diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan kumpulan lelaki ke Pertandingan Gendang Tandak Melayu di Mni Stadium ini nati.

“Kumpulan yang mengambil bahagian diwajibkan berpakaian baju Melayu dan dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM20 perkumpulan. Persembahan pentas tidak boleh melebihi lapan minit dan hanya lima kumpulan sahaja yang boleh melayakkan diri ke peringkat akhir,” katanya.

Manakala itu Pertandingan Lagu Iban dan Pertandingan Lagu 60-an kata Awang pula terbuka kepada semua penduduk di Bahagian Sri Aman dengan yuran penyertaan sebanyak RM15 seorang.

Justeru orang ramai katanya bolehlah menghubungi beliau sendiri di talian telefon 019-4382402 bagi tujuan penyertaan dan pertanyaan lanjut berhubung ketiga-tiga pertandingan terbabit.

“Tarikh tutup Pertandingan Gendang Tandak Melayu, Pertandingan Lagu Iban dan Lagu Melayu 60-an ialah pada 24 Julai ini. Saringan pertandingan peringkat awal akan diadakan di Mini Stadium Sri Aman bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada 25 Julai,” katanya.

Majlis Berambih Bersama Menteri anjuran KRT Taman Norita, KRT Taman Srijaya, KRT Taman Harmoni dan KRT Kampung Muhibbah ini akan dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

“Kesemua peserta tidak dibenarkan mengambil alkohol ketika berlangsungnya pertandingan berkenaan. Sayugia diingatkan bahawa keputusan pengadil adalah muktamad dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerugian yang ditanggung oleh para peserta atau kumpulan ini nanti,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment