Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 July, 2010

Ibubapa perlu rangsang anak2 belajar


Caption: GUNAKAN DENGAN BAIK...Rayong (kanan) ketika menyerahkan cek MRP bernilai RM5,000 kepada Derin (kiri) sambil disaksikan oleh tetamu yang lain pada majlis itu.

by Boloi

ENGKILILI, Rabu ( 7 Julai) – Ibubapa perlu memainkan peranan serta tanggungjawab yang cukup besar khasnya dalam memberikan perangsang dan motivasi kepada anak-anak demi kebaikan masa depan pendidikan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr. Johnnical Rayong anak Ngipa berkata perangsang dan motivasi adalah amat penting agar anak-anak mengambil berat terhadap keperluan meningkatkan tahap kecemerlangan akademik masing-masing selepas ini.

“Dalam perkara ini para ibubapa harus sedar bahawa mereka juga bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap akademik anak-anak dan bukannya sekadar mengharapkan peranan pihak warga pendidik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Engkilili No 1 2010 bertempat di sekolah berkenaan hari ini.

Selain itu penguasaan anak-anak dalam bidang akademik kata Rayong adalah amat penting memandangkan mereka adalah aset serta individu professional untuk meneruskan kesinambungan proses pembangunan negeri ini di masa akan datang.

Jelas beliau, golongan anak-anak juga bakal menjadi harapan untuk mengantikan para pemimpin negara bagi meneruskan usaha pembangunan dari segi politik, ekonomi dan sosial pada masa yang akan datang.

"Jikalau kita dapat melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cukup cemerlang dalam bidang akademik nescaya mereka ini nanti bakal menjadi pemimpin negara kita ini pada masa yang akan datang.

Dalam majlis itu Rayong telah menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Pengerusi Yang Dipertua SK Engkilili No 1 iaitu Penghulu Micheal Derin Empaga bernilai RM5,000 untuk memudahkan menjalankan aktiviti sekolah selepas ini.

Tamat....

No comments:

Post a Comment