Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 July, 2010



Caption:

1. TAHNIAH...Julaihi sedang menyampaikan hadiah kepada seorang peserta pada program berkenaan baru-baru ini.

2. SEDIA...Antara aksi para peserta sebelum upacara pelepasan bendera dilakukan pada acara berkenaan.

Oleh Saleman Senin,

PPD Betong.

BETONG, Sabtu (24 JUlai) –Seramai 340 orang pelajar mengambil bahagian dalam Program Pendidikan Lalulintas Shell peringkat Bahagian Betong dan Sri Aman 2010 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong baru-baru ini.

Program anjuran Majlis Daerah Betong dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Betong, Polis DiRaja Malaysia Betong, Jabatan Pengangkutan Jalan Betong dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR) itu telah disertai oleh lapan buah sekolah menengah dan 12 buah sekolah rendah dari Sri Aman dan Betong.

Program yang memberi pengetahuan dan pendidikan kepada pelajar berkenaan keselamatan jalanraya telah diselit dalam salah satu aktiviti yang telah dimasukkan dalam takwim pihak Syarikat Shell Berhad yang merupakan penaja utama program berkenaan.

Sekolah menengah yang terlibat dalam program ini ialah bagi SMK Saint Augustine Betong, SMK Datuk Patinggi Kedit Betong, MRSM Betong, SMK Ulu Layar Betong, SMK Agama Sri Aman Saratok, SMK Saratok, SMK Sri Aman dan SMK Saint Luke Sri Aman

“Manakala itu sekolah rendah yang terlibat dalam program ini ialah SK Saint Augustine Betong, SK Abang Abdul kadir Betong. SK Issu Bangat Betong, SK Nanga Lidong Betong, SK Nanga Ajau Betong, SK Nanga Passa Betong, SJK Chung Hua Betong, SK Bungin Spaoh, SK Spaoh, SJK Chung Hua Debak, SK Saint Peter Saratok dan SK Abang Abdul Rahman Saratok,” kata jurucakap penganjur.

Terdahulu pasukan SMK Saint Luke telah mengungguli beberapa acara penting dalam pertandingan ini antaranya ialah Pertandingan Ujian Bertulis, Berpidato, Pertandingan Interaktif Komputer, permainan lalulintas untujk Pejalan Kaki dan Berbasikal.

Majlis Penangguhan Rasmi majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Saratok iaitu Julaihi bin Kadir Hadir sama ialah Shell Traffic Game Coordinator Sarawak Shell Berhad, Haji Sheikh Naeemuddin dan Setiausaha Majlis Daerah Betong, Anthony Luta Juing.

Tamat.

No comments:

Post a Comment