Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 July, 2010

bawa IC boleh check tanah - Land Survei Betong

BETONG, Khamis (22 Julai) – Penduduk Betong dipelawa untuk mengunjungi empat buah kaunter Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong yang dibuka bersempena dengan sambutan Program Senada Sejiwa Bahagian Betong 2010 di Bandar Betong bermula 23 hingga 25 Julai ini nanti.

Penguasa Jabatan JTS Bahagian Betong, Peggy Ronin berkata pihaknya menyediakan perkhidmatan secara terus kepada penduduk terutama sekali yang berkaitan dengan hal urusan tanah hanya dengan membawa kad pengenalan masing-masing pada program itu.

“Penduduk Betong boleh mengetahui lokasi tanah yang mereka miliki menerusi khidmat kaunter khidmat yang dibuka oleh pihak JTS Betong ketika berlangsungnya program itu kelak hanya dengan mengunakan kad pengenalan masing-masing.

“Malahan mereka juga boleh menyemak maklumat cukai tanah dan perkara bayaran premium menerusi khidmat yang kita sediakan pada program ini,” katanya ketika berlangsung sidang media di Pejabat Residen Betong kelmarin.

Selain itu penduduk Betong kata Peggy juga boleh menyaksikan foto pemandangan dari udara dan lain-lain foto di kawasan Betong yang bakal disediakan di kaunter JTS Betong pada program berkenaan.

Beliau menamakan ia sebagai ruang sudut tempatan bagi bagi menunjukkan peranan pihak JTS Betong dalam membantu membangunkan hidup penduduk di kawasan Betong selama ini.

“Pihak JTS Betong juga bakal mengedarkan borang RLL kepada penduduk yang mahu memohon untuk melanjutkan tempoh hak milik tanah masing-masing menerusi program berkenaan.

“Justeru penduduk Betong boleh berkunjung ke kaunter kami ketika berlangsung program itu nanti untuk tujuan berkenaan disamping mengetahui lebih lanjut tentang peranan dan fungsi JTS selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Pengarah Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti Jabatan Ketua Menteri, Dr Razali Abon, Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel, Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri, Indit Bangai, Timbalan Pengarah Yayasan Sarawak, Samad Junai dan Penolong Pegawai Pendaftaran Betong, Mohd Fazly Abdul Latip.

Tamat.

2 comments:

  1. tada bayar.
    itu free saja ma.
    sikalang ada bayar meh. pesta suda abis maaa

    ReplyDelete