Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 February, 2010

Skim Kawalan Harga Tahun Baru Cina berkuatkuasa 10 hingga 21 Februari ini

SRI AMAN, Rabu (10 Feb) – Skim Kawalan Harga sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2010 bakal berkuatkuasa di Sri Aman, Saratok, Betong dan Lubok Antu mulai 10 hingga 21 Februari ini.

Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Sri Aman berkata sejumlah 11 barangan terkawal mengikut harga maksimum (syiling) runcit telah disenaraikan dalam skim kawalan harga ini.

Ia adalah Ayam Hidup, Ayam Standard, Ayam Super, Telur Ayam Gred A, Telur Ayam Gred B, Telur Ayam Gred C, Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing), Ikan Bawal Putih, Udang Putih Besar, Daging Babi (Belly), Daging Babi ( Kulit dan Lemak), Telur Ayam Gred A, B dan C.

“Bagi empat kawasan itu, harga maksimum (syiling) sekilogram jualan barangan kawalan seperti Ayam Hidup adalah RM6.70, Ayam Standart RM8, Ayam Super RM8.80, Kubis bulat import RM3, Ikan Bawal Putih RM35, Udang Putih Besar RM25, Daging Khinzir (Belly) RM17 dan Daging Khinzir (Kulit dan Lemak) RM11.

“Manakala itu harga maksimum syiling bagi Telur Ayam Gred A sebiji ialah 34 sen, Telur Ayam Gred B pula ialah 33 sen sebiji dan gred C pula ialah 32 sen sebiji,” menurut jurucakap pejabat kementerian tersebut.

Untuk itu para peniaga runcit di kawasan Sri Aman, Saratok, Betong dan Lubok Antu diingatkan agar tidak menjual barangan terkawal ini melebihi harga maksimum syiling seperti mana yang telah dinyatakan di atas.

Para peniaga boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 hingga RM7,500 jika disabitkan bersalah dibawah Sekyen 5 Akta Kawalan Harga 1946 berhubung skim kawalan harga ini.

“Malahan tindakan juga akan diambil terhadap peniaga yang tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu (terhadap barangan kawalan), gagal mempamerkan lesen jualan barangan tersebut dan tidak meletakkan tanda harga pada barang kawalan terbabit

“Peniaga yang belum mempunyai lesen penjualan barang kawalan di bawah perlaksanaan SKH ini dinasihatkan agar segera mendapatkan lesen berkenaan di pejabat KPDKK Sri Aman,” menurut kenyataan tersebut.

Orang ramai dari keempat-empat kawasan daerah berkenaan juga dinasihatkan untuk menghubungi pihak KPDNKK Sri Aman menerusi talian 083-323836 jika terdapat peniaga yang bertindak melanggar skim kawalan harga terkawal ini.

Tamat.




No comments:

Post a Comment