Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 February, 2010

Sila resign kalau lawan BN, pesan Nyalau kepada Tr di Lubok Antu


Caption: SYABAS…Nyalau (tiga kiri) menyampaikan sijil perlantikkan tuai rumah kepada Tr Jangan Ningkan sambil disaksikan oleh Mussen (kanan sekali) dan Mujah (dua kiri) pada majlis itu.

LUBOK ANTU, Rabu (3 Feb) – Tuai Rumah atau Ketua Kampung harus melepaskan jawatan masing-masing secara ‘kehormat’ sekiranya mereka masih menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Geran ADUN N29 / Sijil Ketua Kaum / Sijil Pendaftaran JKKK / Geran JKKK peringkat Daerah Lubok Antu di Dewan Sukan Kompleks Sukan Lubok Antu baru-baru ini.

Ketua Kampung atau Tuai Rumah menurut beliau harus melepaskan jawatan terbabit sekiranya berbuat demikian memandangkan mereka telah dilantik oleh kerajaan untuk memegang jawatan berkenaan sebelum ini.

“Bahkan kerajaan juga turut membayar elaun bulanan kepada Tuai Rumah atau Ketua Kampung agar dengan harapan agar mereka dapat bekerjasama dengan kita untuk melaksana pelbagai projek pembangunan dalam negeri ini.

“Justeru mereka yang mengajak anak buah mereka menentang kerajaan BN haruslah berbuat demikian (melepaskan jawatan) lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya negeri akan datang,” katanya.

Selain itu katanya kerajaan juga berhak menarik balik sijil perlantikan Tuai Rumah atau Ketua Kampung milik individu yang didapati bertanggungjawab menentang BN menjelang pilihan raya negeri ini.

Sebaliknya ketua kaum itu kata Nyalau haruslah memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap kerajaan dalam membangunkan kawasan kampung masing-masing dan bukannya bertindak membawa mereka menentang BN acapkali berlangsungnya pilihan raya.

“Jadi lakukan tugas yang telah kerajaan amanatkan kepada anda menerusi perlantikan jawatan terbabit selepas ini dengan sebaiknya demi kebaikan hidup penduduk,” kata Nyalau.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh, Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Girie dan para kakitangan kerajaan dan ketua kaum dari sekitar kawasan Lubok Antu.

Terdahulu sejumlah RM370,000 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada ADUN Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh disampaikan kepada penerima menerusi majlis itu.

Turut menerima peruntukan khas bernilai RM500 (untuk satu rumah panjang) ialah 18 buah rumah panjang dalam kawasan DUN Batang Ai disamping penyampaian sejumlah 51 sijil perlantikan tuai rumah, 30 sijil pendaftaran dan sembilan geran JKKK.

Tamat..




No comments:

Post a Comment