Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 February, 2010

Sertai badminton terbuka 12 hingga 14 Mac ini

SRI AMAN, Khamis (11 Jan) – Orang ramai dipelawa untuk menyertai Pertandingan Badminton Terbuka dan Tertutup Sri Aman dan Betong 2010 di Dewan Serbaguna Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bermula 12 hingga 14 Mac ini nanti.

Pertandingan yang dianjurkan selama tiga hari ini nanti adalah merupakan anjuran MORZA Solution Sri Aman, Takaful Ikhlas Sri Aman, Kelab Kesans (Jabatan Akauntan Negara) Sri Aman dan Mutiara Sport Centre Sri Aman.

Jurucakap pertandingan terbabit ketika dihubungi menjelaskan bahawa pertandingan itu kelak akan dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori Beregu Lelaki Senior dan Junior (Terbuka), Beregu Lelaki Junior (Tertutup), Beregu Wanita (Tertutup) dan kategori Perseorangan Lelaki (Tertutup).

“Yuran penyertaan pertandingan telah ditetapkan sebanyak RM50 untuk setiap pasukan bagi kategori Beregu manakala yuran pertandingan sebanyak RM30 pula dikenakan terhadap peserta untuk kategori Perseorangan,” katanya.

Johan bagi kategori Beregu katanya akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300 beserta dua batang Raket Badminton manakala naib johan pula akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200 beserta dua batang Raket

“Pasukan pemenang tempat ke-3 bagi kategori Beregu pertandingan ini akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100 beserta piala,” menurut beliau.

Beliau turut menambah bahawa johan serta naib johan bagi kategori perseorangan bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150 dan RM100 beserta dengan sebatang raket badminton untuk setiap seorang.

“Pemenang tempat ke-3 pula membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50 beserta piala.

Justeru mereka yang berminat boleh menghubungi Mr Alex Chong Cheng Hua dari Mutiara Sport Sri Aman menerusi talian 019-8290921 untuk mendapatkan borang penyertaan pertandingan,” katanya.

Borang turut boleh didapati menerusi MORZA Solution Sri Aman (Mohd Yaakub Morshidi) di talian 013-5771556, Abang Gharul Annuar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Balingian Betong menerusi talian 013-5670394 dan Sulaiman Teten (JAN Sri Aman) menerusi talian 019-8768782. Tarikh tutup penyertaan telah ditetapkan pada 6 Mac 2010 sebelum jam 12 tengahari.

Justeru itu, para peminat sukan badminton di sekitar Sri Aman dan Betong adalah dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini nanti.

Tamat....

No comments:

Post a Comment