Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 February, 2010

MDS lancar gotong royong perdana


Caption: KERJASAMA...Para kakitangan MDS kelihatan sedang sibuk melaksanakan kerja gotong-royong di Pasar Tamu Saratok baru-baru ini.

SARATOK, Khamis (4 Feb) - Majlis Daerah Saratok (MDS) telah menganjurkan Program Gotong Royong Perdana 2010 bagi membersih kawasan Persekitaran Pasar Tamu, Saratok baru-baru ini.

Program ini melibatkan seramai 15 orang ahli majlis MDS, 20 orang kakitangan MDS, kakitangan syarikat yang telah dilantik untuk mengendalikan Pasar Tamu Saratok dan 30 orang peniaga Pasar Tamu, Saratok.

Jurucakap MDS ketika ditemui memberitahu, Gotong Royong Perdana 2010 ini adalah merupakan aktiviti tahunan anjuran pihaknya dan juga aktiviti permulaan pihak MDS bagi tahun ini.

“Tujuan utamanya adalah untuk memberi kesedaran sivik kepada semua peniaga dan pengguna tentang betapa penting aspek penjagaan kebersihan di setiap premis perniagaan di Pasar Tamu Saratok.

“Kita mahu Pasar Tamu Saratok kelihatan ceria sepanjang masa. Justeru pelbagai agensi dan syarikat swasta yang mengendalikan Pasar Tamu Saratok selama ini telah dijemput untuk menjayakan program berkenaan,” katanya.

Selain itu aspek penjagaan kebersihan yang tinggi dikalangan peniaga menurut beliau akan mewujudkan tanggapan positif dikalangan pengunjung tempatan dan pengunjung tempatan yang membeli barangan di kawasan tersebut.

Dengan ini Pasar Tamu Saratok katanya berpotensi untuk menjadi sebuah lokasi menarik dikalangan orang ramai dari dalam dan luar Bandar Saratok pada masa akan datang.

"Kita tidak mahu para pengunjung merungut dan sebagainya disebabkan keadaan Pasar Tamu kita ini yang kotor,” ujarnya lanjut.

Tamat.....

No comments:

Post a Comment