Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 February, 2010

LAKIS anjur pertandikan sepanduk di Saratok 26 Februari ini

SRI AMAN, Jumaat (5 Feb) – Penduduk Daerah Saratok termasuk dari kawasan Roban dan Kabong dijemput untuk menyertai Pertandingan Sepanduk dan Perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Saratok 1431H / 2010M ini.

Pertandingan Sepanduk dan Perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok (LAKIS) akan berlangsung di Dataran Krian, Saratok pada 26 Februari ini.

Pengerusi jawatankuasa pertandingan, Abadi Hussein berkata tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi suasana sambutan Maulidur Rasul di Saratok pada bulan ini.

“Pertandingan itu nanti akan terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori A yang melibatkan penyertaan pihak jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta dan sekolah manakala Kategori B pula melibatkan penyertaan pihak masjid, surau, persatuan dan NGO.

“Pasukan yang muncul juara pada pertandingan ini nanti akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM400 dan sebuah piala kejuaraan,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Peserta yang memperoleh kedudukan naib johan katanya pula akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM350 berserta piala manakala pemenang tempat ketiga akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300 berserta piala.

Selain itu pihak penganjur menurut Abadi juga menyediakan hadiah berupa wang tunai bernilai RM300 dan piala untuk mana-mana pasukan yang berjaya muncul sebagai pasukan terbaik secara keseluruhannya pada pertandingan.

“Menerusi tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu ‘Memantapkan Ukhuwah Memperkasakan Ummah’, pihak kita berharap agar pertandingan terbabit dapat memperkukuhkan semangat perpaduan ummah dikalangan umat Islam dalam daerah Saratok selepas ini,” katanya.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di Pusat Giatmara Saratok dan sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah menghubungi beliau sendiri di talian 083-437085.

Tamat....

No comments:

Post a Comment