Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 February, 2010

Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu Hospital Sri Aman tubu jawatankuasa baru


Caption: ALBUM KENANGAN....Hajah Noraida (duduk empat kanan), Tan Eng Siang (duduk tiga kiri) serta ahli jawatankuasa yang lain merakamkan gambar bersama selepas berakhirnya mesyuarat perlantikan kumpulan berkenaan.


SRI AMAN, Jumaat (12 Feb) - Seramai 37 orang ahli Badan Bukan Kerajaan (NGOs) termasuk warga kerja Hospital Sri Aman hadir ke Mesyuarat Agung Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu Hospital Sri Aman bertempat di Bilik Gerakan Hospital Sri Aman baru-baru ini.


Tujuan utama mesyuarat berkenaan diadakan adalah untuk memilih dan menubuhkan satu Jawatankuasa Induk 2010 yang baru bagi kumpulan sokongan penyusuan susu Ibu Hospital Sri Aman.


Pada mesyuarat tersebut, anggota yang hadir telah bersetuju untuk melantik Hajah Noraida Abdullah selaku pengerusi manakala Tan Eng Siang pula dilantik sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa berkenaan.


Manakala Halimah Suhaili pula dilantik untuk memegang jawatan setiausaha sambil dibantuk oleh timbalan beliau iaitu Lily Tay. Jawatan bendahari disandang oleh Tay Yang Hoon dan seramai lima orang ahli Jawatankuasa telah dipilih untuk menganggotai persatuan berkenaan.


Seorang jurucakap persatuan memberitahu objektif utama jawatankuasa ini ialah untuk mengekalkan status Hospital Sri Aman sebagai Hospital Rakan Bayi bagi membantu ibu-ibu yang bermasalah tentang penyusuan susu ibu.


“Ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim di antara warga kerja Hospital Sri Aman dengan orang awam dari sekitar bandar ini.


“Justeru untuk mencapai objektif tersebut pihak jawatankuasa telah merancang untuk mengadakan kursus kepada anggota-anggota sokongan penyusuan susu ibu pada masa akan datang,” katanya.


Tamat.


No comments:

Post a Comment