Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 February, 2010

Jabu tuntut komitmen tugas Kaunselor


Caption: LAKSANAKAN AMANAH...Sebahagian daripada ahli majlis MDSA yang mengangkat sumpah menerusi upacara yang berlangsung kelmarin.

SRI AMAN, Isnin (8 Feb) - Ahli majlis daerah tempatan yang telah dilantik sebagai seorang kaunselor baru dinasihat agar sentiasa menjalankan tugas dengan penuh semangat dedikasi serta bertanggungjawab.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang berkata mereka yang telah dilantik sebagai ahli majlis daerah tempatan yang baru perlu menunjukkan komitmen semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan sebelum dan selepas ini.

“Seseorang ahli majlis daerah yang dilantik juga hendaklah berusaha untuk mempertingkatkan hubungan kerjasama dikalangan diri masing-masing agar kesemua tugas yang diamanahkan kepada mereka dapat dilaksana dengan penuh jaya.

“Maka itu diharapkan agar ‘muka lama’ yang dilantik semula untuk berkhidmat dalam majlis daerah bagi penggal ini mampu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada muka baru’,”

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Sri Aman bagi tahun 2010 /2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) petang kelmarin.

“Setiap muka baru (kaunselor yang dilantik) semua haruslah belajar dari mereka yang cukup berpengalaman demi kebaikan diri mereka dan saya berharap agar ‘para senior’ yang pernah menjadi ahli majlis daerah sebelum ini memberikan tunjuk ajar kepada mereka yang baru dilantik”, katanya

Oleh itu beliau berharap agar selepas ahli majlis yang dilantik mampu melaksana tugas dengan penuh amanah disamping menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak kerajaan demi membangunkan negeri ini.

Terdahulu Jabu telah menyaksikan upacara angkat sumpah yang membabitkan seramai 25 orang ahli MDSA termasuk Walikota Sri Aman iaitu Piau anak Inggot. Milo anak Gu adalah muka baru ahli majlis MDSA menggantikan Kanselor Jessie Bitoh bagi tahun ini.

Tamat...


No comments:

Post a Comment