Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 February, 2010

Fun Fair Sri Aman meriah


Caption: MENARIK...Rakaman gambar dari luar kawasan Pesta Ria ini menunjukkan peniaga mengambil peluang menjual barangan makanan dan minuman kepada orang ramai yang berkunjung ke situ.


SRI AMAN, Sabtu (13 Feb) –Dianggarkan lebih 1,000 pengunjung membanjiri kawasan tapak Pesta Ria 2010 bertempat di tapak Pasar Tamu Lama bersebelahan Stesen Bas Sarawak Transport Company (STC) dalam bandar Sri Aman yang telah mula dibuka kepada orang ramai semenjak 9 Februari lalu.


Tinjauan Utusan Sarawak malam tadi mendapati bahawa Pesta Ria 2010 mendapat sambutan mengalakkan daripada orang ramai walaupun Sri Aman walaupun cuaca kurang mengizinkan pada masa sekarang.


Mohd Nasree , 22, ketika ditemui berkata sambutan Pesta Ria 2010 kali ini dianggap lebih menarik memandangkan pesta ria kali ini menawarkan pelbagai permainan lebih menarik berbanding pada sambutan pesta ria sebelumnya.


“Hujan atau tidak saya tetap akan datang. Ini kerana Pesta Ria pada tahun ini dirasakan lebih baik kerana ada permainan baru Roda Gergasi, Top Gun dan Kereta Langgar yang semestinya menarik minat orang ramai,” katanya.


Edwin Nanggah, 33, berpendapat penganjuran Pesta Ria kali ini mampu menaikkan status ekonomi dan secara tidak langsung mempertingkat taraf hidup penduduk di kawasan bandar Sri Aman.


“Harapan saya ialah agar Pesta Ria seumpama ini terus diadakan pada masa seterusnya supaya lebih ramai pengunjung terutamanya yang datang dari luar datang kerana ianya secara tidak langsung boleh mempromosi bandar Sri Aman,” katanya.


Pesta Ria Sri Aman 2010 dijangka akan berakhir pada 28 Februari ini. Orang dewasa dan akan dikenakan bayaran masuk ke tapak pesta ini sebanyak RM2 untuk setiap seorang manakala kanak-kanak adalah RM1.


Orang ramai yang berkunjung ke Pesta Ria berpeluang menyertai pelbagai jenis permainan menarik yang disediakan dalam temasya berkenaan disamping menyaksikan persembahan lagu oleh artis rakaman Iban tempatan di negeri ini.


Antara artis rakaman Iban yang telah mempersembahkan lagu mereka pada pesta ria ini ialah Swaylin, Angela Lata Jua, Maxwell Franklin Saran dan Ricky El manakala Jennarino Jeraki, Ita Medin, Betty, Linda Simai, Clemence Joy, Winnie Albert dan Maryline akan memulakan persembahan masing-masing bermula malam 13 Februari (Sabtu) hingga 19 Februari kelak.


Tamat.


No comments:

Post a Comment