Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 February, 2010

Bekas penyokong PKR di Layar, Betong sokong BN




Caption: SOKONG BN...Radin (kiri) menyerahkan surat Aku Janji kepada Isik ketika berlangsungnya upacara ringkas di Rumah Rehat Betong kelmarin.

BETONG, Ahad (7 Feb) – Seorang bekas ketua kaum dari Rumah Anji, Mupoh Baroh, Spak, Betong telah mengumumkan hasratnya untuk menyokong pihak Barisan Nasional (BN) setelah 20 tahun (empat penggal) menentang kerajaan sebelum ini.

Radin anak Bena, bekas Tuai Rumah Mupoh Baroh telah bertindak keluar dari Parti KeAdilan Rakyat (PKR) kawasan N.31 Layar menerusi upacara ringkas yang berlangsung di Rumah Rehat Betong kelmarin.

Sambil mengumumkan perkara ini di hadapan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, beliau berjanji akan menyokong kerajaan BN pada pilihan raya negeri ini nanti.

Untuk membuktikan hasrat beliau menyertai BN selepas ini, Radin telah bertindak menyerahkan surat Aku Janji kepada Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri iaitu Isik Utau pada majlis berkenaan.

Terdahulu beliau menerusi ucapannya pada upacara berkenaan menjelaskan bahawa kerajaan BN telah memberi pelbagai perubahan terhadap taraf hidup penduduk dalam negeri ini.

BN yang diteraju oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mempunyai keupayaan untuk mengangkat Sarawak ke tahap lebih baik dari segi pembangunan di masa akan datang.

“Saya akan memberikan sepenuh sokongan terhadap Datuk Patinggi Jabu selaku ADUN di sini (Layar) dan juga kepada Datuk Douglas Uggah Embas selaku Ahli Parlimen Betong menjelang pilihan raya akan datang.

“Terdapat banyak perubahan yang telah saksikan dalam Sarawak khas Betong apabila BN meneraju pembangunan di sini. Justeru tidak berbaloi buat saya untuk terus menentang BN menerusi PKR selepas ini,” katanya.

Senator Dato Sri Empiang Jabu juga turut hadir untuk menyaksikan upacara pengumuman keluar Radin daripada PKR kawasan N.31 Layar.

Tamat.



No comments:

Post a Comment