Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 January, 2010

Belum banyak rumah panjang yang register dalam Kementerian Pelancongan untuk program Homestay - Mong


Caption: PENGHARGAAN...Mong sedang menerima cenderamata ketika berlangsungnya majlis di sini malam tadi.

SRI AMAN, Sabtu (16 Jan) – Dipercayai bahawa masih terdapat banyak rumah panjang dalam Bahagian Sri Aman yang belum lagi berdaftar dengan Kementerian Pelancongan untuk tujuan program Homestay sebelum ini.

Menteri Muda Pelancongan, Mong anak Dagang berkata kebanyakkan sesebuah rumah panjang melibatkan diri dalam program Homestay menerusi ejen pelancongan atau syarikat persendirian dan bukannya dari Kementerian Pelancongan itu sendiri.

“Sebab itulah tidak banyak rumah panjang yang tersenarai dalam Kalendar Pelancongan Sarawak untuk tujuan program Homestay memandangkan mereka belum lagi berdaftar dengan Kementerian Pelancongan bagi tujuan terbabit.

“Justeru saya menasihatkan rumah panjang yang mahu melibatkan diri dalam program ini untuk berdaftar dengan pihak kementerian agar pihak kita dapat mengenalpasti jenis penambahbaikan kemudahan, langkah mengendalikan pelancong dan sebagainya,” menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan tersebut.

Mong yang juga Menteri Muda Permodenan Pertanian (Penyelidikan dan Penyelarasan) berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik sahaja merasmikan Majlis Makan Malam sempena sambutan Hari Keluarga Kampung Panggau Dan di sebuah restoran tempatan malam tadi.

Selain itu katanya pihak Kementerian Pelancongan akan mengenalpasti terlebih dahulu permintaan rumah panjang yang benar-benar layak untuk disenaraikan bagi tujuan perlaksanaan program Homestay selepas ini.

Rumah panjang terbabit kata Mong haruslah mempunyai ciri-ciri tradisional kaum disamping masih mengamalkan adat resam dan budaya asal dikalangan para penghuninya sehingga sekarang.


No comments:

Post a Comment