Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 January, 2010

Wanita penyumbang pembangunan negara - Zaidi


Caption: TAHNIAH...Zaidi (dua kiri) sedang menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta sambil diperhatikan oleh Wan Ismail (kiri), Hairani (tengah) ketika berlangsungnya majlis berkenaan.


SRI AMAN, Rabu (6 Jan) – Kaum wanita mempunyai peranan yang cukup penting dalam menyumbang ke arah pembangunan negeri ini dari masa ke semasa demikian menurut Pegawai Tadbir Sosial di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Zaidi Sarkawi.


Ini kerana kaum wanita menurut beliau membentuk sumber tenaga kerja yang besar dan mampu dimanfaatkan menerusi program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dari masa ke semasa.


“Kaum wanita tidak boleh dianggap hanya sesuai berada didapur sahaja memandangkan wanita hari ini berjaya memegang pelbagai jawatan penting dalam sektor kerajaan mahupun swasta pada masa sekarang.


"Ini membuktikan bahawa kaum wanita hari ini mampu bersama-sama kaum lelaki meningkatkan taraf kehidupan keluarga mereka dan menyumbang tenaga dalam pembangunan negara selepas ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Untuk Peserta Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Parlimen 202 Sri Aman anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman bertempat di Dewan Suarah Sri Aman hari ini


Selain itu kata Zaidi gandingan kaum wanita bersama kaum lelaki dilihat amat wajar demi memantapkan perlaksanaan pelbagai projek pembangunan oleh kerajaan dalam negeri ini sepanjang masa.


Bagaimanapun beliau menggesa agar lebih ramai kaum wanita melibatkan diri dalam pelbagai program pembangunan yang disusun oleh kerajaan untuk memastikan kemampuan sumber manusia negara dimanfaatkan sepenuhnya.


"Sumbangan wanita masih diperlukan dalam sektor pendidikan dan ekonomi. Oleh itu jangan hanya menganggap kaum lelaki sahaja boleh membangunkan negeri ini tanpa penglibatan kaum wanita,” katanya.


Hadir sama ialah Pegawai KEMAS Bahagian Sri Aman, Hairani Solo, Pegawai MARA Daerah Sri Aman, Wan Ismail, Penolong Pegawai Perpaduan Bahagian Sri Aman, Nicholas Sebastian David dan Penyelia Perhubungan Parlimen Sri Aman, Wan Habeeb Wan Mohamad.


Zaidi menerusi majlis berkenaan telah menyampaikan sijil kepada 40 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam program berkenaan.


Tamat....


No comments:

Post a Comment