Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 January, 2010

PRS Bukit Begunan rai Mong jadi menteri muda 18 Jan ini

SRI AMAN, Khamis (14 Jan) - Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Bukit Begunan akan menganjurkan Majlis Kesyukuran bertempat Rumah Anyai anak Ranggie, Kampung Entulang Entawa pada 18 Januari ini.

Setiausaha PRS Bahagian Bukit Begunan, Kaunselor Ronald Chengir menerusi kenyataan medianya memberitahu majlis yang dianjurkan oleh PRS Bukit Begunan itu bertujuan untuk meraikan perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Mong Dagang sebagai Menteri Muda Perlancongan dan Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan) Sarawak.

“Mong telah dilantik sebagai Menteri Muda Perlancongan dan Menteri Muda Permodenan Pertanian (Penyelidikan dan Penyelarasan) dalam senarai kabinet baru kerajaan negeri berkuatkuasa 3 Disember lalu.

“Justeru ia adalah merupakan berita baik untuk penduduk di dalam kawasan DUN Bukit Begunan. Atas sebab ini PRS Bukit Begunan dengan berbesar hatinya mahu mengadakan majlis terbabit untuk meraikan beliau,” katanya.

Katanya, majlis yang bermula pada jam 9 pagi itu nanti akan dihadiri oleh Menteri Kemajuan Tanah Sarawak yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato' Sri Dr. James Jemut Masing.

Oleh yang demikian katanya, penduduk setempat di kawasan Bukit Begunan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini nanti.

Tamat....


No comments:

Post a Comment