Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 January, 2010

Marina akhirnya ke Swinburne


Caption: SELAMAT BERJAYA...Marina (kiri) bersama ibunya Pick Sing (dua kiri), bapanya Unau (kanan) dan adiknya Alvin Gilbert (tengah) sebelum bertolak ke Kuching untuk mendaftarkan diri ke Universiti Swinburne, Kuching, kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (7 Jan) – Gadis kacukan berketurunan Iban Cina, Marina Undau yang sebelum ini pernah mengemparkan negara berhubung kegagalan beliau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi berhubung isu status Bumiputera kini telah berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti dalam negeri ini.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang terbabit mula mendaftarkan diri ke Universiti Swinburne di Simpang Tiga, Kuching kelmarin dan segala urusan kemasukan beliau telah diuruskan oleh pihak Yayasan Negeri Sarawak.

“Pihak Yayasan Sarawak juga turut memperuntukan biasiswa bagi tujuan perbelanjaan Marina ketika menuntut di Universiti itu selama setahun dalam jurusan Diploma Kejuteraan.

“Justeru saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu anak Numpang, Pengarah Yayasan Negeri Sarawak dan pihak media yang sudah membantu anak saya untuk menuntut di menara gading,” menurut ayahnya iaitu Unau Liap ketika ditemui kelmarin.

Selain itu Unau juga memberitahu bahawa beliau telah menerima panggilan telefon daripada Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum pada hari Selasa lalu berhubung perkembangan terkini anaknya tentang permohonan masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebelum ini.

“Saya telah pun beritahu beliau (Joseph) bahawa anak saya terpilih untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Swinburne, Simpang Tiga, Kuching dan segalanya diuruskan oleh Yayasan Negeri Sarawak,” kata beliau.

Unau juga turut menambah bahawa anaknya iaitu Marina pada 29 Disember lepas turut menerima tawaran untuk menuntut di Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor namun menolaknya pada saat akhir atas sebab yang tidak dapat dielakan.

Terdahulu Marina gagal melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi kerana dikelaskan sebagai Bukan Bumiputera mengikut tarif yang diperuntukan menerusi Perkara Perlembagaan Persekutuan Malaysia bagi Perkara 161A(6)(b) bagi negeri Sarawak.

Marina, 19, yang telah memperoleh keputusan 9A 1B pada ujian SPM 2008 adalah merupakan hasil perkongsian hidup antara Unau iaitu penduduk berketurunan Iban dari Batu Lintang, Sri Aman dan isterinya iaitu Wong Pick Sing berketurunan kaum Cina.

Tamat...




No comments:

Post a Comment