Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 January, 2010

Kedai kopi bagi jaminan air minum tak naik harga, ayam pun tak.


Caption: SERIUS...Roslan (tengah) bersama Cathy (kanan) ketika mempengerusikan mesyuarat bersama ahli Persatuan Kedai Kopi dan peniaga ayam dari bandar ini kelmarin.


SRI AMAN, Jumaat (15 Jan) – Penduduk dari kawasan Betong, Lubok Antu dan Sri Aman tidak perlu bimbang dengan kenaikan harga minuman yang ditawarkan oleh kedai minuman dalam kawasan masing-masing selepas ini walaupu harga gula telah dinaikan kepada RM1.90 sekilogram pada masa sekarang.


Pengerusinya iaitu Chung Chin Fok telah memberikan jaminan terbabit ketika berlangsungnya Mesyuarat Bersama Persatuan Kedai Sri Aman Dan Peniaga Ayam bertempat di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Bahagian Sri Aman kelmarin.


“Semua ahli Persatuan Kedai Kopi Bahagian Sri Aman yang berjumlah 40 orang ahli pada masa sekarang telah pun bersetuju untuk tidak menaikkan harga minuman di kedai masing-masing selepas ini.


“Persetujuan ini telah dicapai bersama oleh semua ahli demi menjaga kepentingan pengguna dari kawasan Sri Aman, Betong dan Lubok Antu dan tidak membebankan mereka menerusi kenaikan harga gula pada masa sekarang,” menurut beliau.


Sementara itu Ketua Cawangan (PDNKK) Bahagian Sri Aman, Wan Roslan Esmanto Wan Rosli menerusi mesyuarat itu pula mahu semua pengusaha kedai kopi Bumiputera dari ketiga-tiga kawasan terbabit untuk berpersatuan selepas ini.


Menurut beliau ia bertujuan untuk membolehkan semua pengusaha kedai kopi menyelesaikan segala masalah atau isu yang berkaitan dengan perniagaan masing-masing selepas ini.


“Segala masalah dapat dihadapi bersama sekiranya mereka berpersatuan. Justeru saya mahu pengusaha kedai kopi Bumiputera untuk menubuhkan persatuan bagi menyelesaikan segala isu yang timbul selepas ini,” menurut beliau.


Roslan turut menambah bahawa bekalan ayam akan mencukupi menjelang sambutan Tahun Baru Cina 2010 pada 14 dan 15 Februari ini menerusi jaminan yang diberikan oleh peniaga ayam pada mesyuarat itu.


Turut hadir sama pada mesyuarat itu ialah Penolong Ketua Cawangan (PDNKK) Bahagian Sri Aman, Cathy anak Tagok, para kakitangan PDNKK Bahagian Sri Aman dan ahli Persatuan Kedai Kopi Sri Aman.


Tamat.


No comments:

Post a Comment