Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 January, 2010

Isu Allah: jelaskan kepada anak supaya lebih faham - Samad


Caption: TANGANI BERSAMA...Samad ketika berucap pada Majlis Dialoq Ops Damai yang berlangsung di IPD Sri Aman kelmarin.

SRI AMAN, Selasa (12 Jan) – Penduduk Sri Aman diminta agar tidak menghangatkan lagi isu penggunaan Khalimah Allah dengan menyebarkan khabar angin berkaitan isu terbabit terhadap golongan remaja atau anak masing-masing.

Penghulu Haji Abdul Samad Haji Abdul Rahim berkata ia menjadi tanggungjawab setiap penduduk terutamanya pihak ibubapa untuk menerangkan secara baik permasalahan berhubung isu itu kepada anak-anak agar keadaan tidak menjadi lebih buruk selepas ini.

“Anak-anak perlu diterangkan secara terperinci mengenai isu terbabit. Jangan biarkan mereka cuba bertindak mengikut emosi mereka tanpa menilai keadaan terbabit sedalam-dalamnya hingga mencetuskan keamanan dalam negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dialoq Ops Damai Bersama Wakil Rumah Ibadah bertempat di Bilik Gerakan, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman di sini hari ini.

Katanya perpaduan antara kaum dalam Bahagian Sri Aman perlu dipertahankan oleh semua pihak dan justeru itu ia meminta menuntut kefahaman yang tinggi di antara penduduk berbilang agama untuk sama-sama menangani isu berkenaan selepas ini.

“Tiada agama yang jahat dalam dunia ini. Bahkan saya ketika kecil dahulu pun pernah menuntut di Sekolah Saint Luke dan mendapati tiada masalah bercampur gaul dengan rakan-rakan yang berlainan agama dengan saya.

“Justeru isu ini perlu ditangani dengan sebaiknya tanpa mencetuskan salah faham di antara kedua-dua pihak demi mempertahankan hubungan perpaduan yang sedia ada pada masa sekarang,”katanya.

Samad juga meminta semua pihak untuk sama-sama membantu pihak polis dalam memastikan keamanan sentiasa berkekalan dalam Bahagian Sri Aman ketika isu penggunaan Khalimah Allah masih lagi hangat diperkatakan pada masa sekarang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment