Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 January, 2010

231 penduduk Betong terima pampasan RM3.3 juta



Caption:

1.MANFAATKAN...Jabu sedang menyampaikan cek pampasan kepada para penerima sambil disaksikan oleh (dari kanan) Wahab, Uggah, Peggy, Nyarok, Lawson dan Rayong ketika berlangsungnya majlis itu.

2.UNTUK ALBUM...Jabu (duduk tengah) bersama para dif kehormat sedang merakamkan gambar kenangan bersama para penerima cek pampasan ketika berlangsungnya majlis terbabit.

BETONG, Isnin (11 Jan) – Sejumlah 231 orang penduduk menerima bayaran pampasan hasil perlaksanaan enam buah projek di kawasan Bahagian Betong yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM3.3 juta bagi tahun 2009.

Kesemua penduduk menerima cek pampasan terbabit menerusi Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah anjuran Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Betong yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang bertempat di Kompleks Kerajaan Negeri Betong hari ini.

Enam buah projek terbabit adalah pembinaan Jalan Roban / Baloi / Melintang / Lempaong, cadangan pembinaan Jalan Betong / Jagir / Ulu ban, cadangan penambahan jalan menuju ke SALCRA Roban South Oil Palm Estate Village Site Saratok, tapak cadangan pusat Giatmara Saratok, cadangan penambahan Ibupejabat Polis Daerah Betong dan cadangan Reserve Ban Sedia Ada Skim Saliran Supa / Medang, Pusa.

Terdahulu Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar menjelaskan bahawa terdapat segelintir pihak yang masih menafikan bahawa kerajaan tidak membayar pampasan terhadap tanah rakyat yang diambil oleh mereka bagi tujuan pembangunan sebelum ini.

“Semenjak dari tahun 1974 dahulu kerajaan sudah pun membayar sejumlah RM44 juta wang pampasan kepada para pemilik tanah yang mana tanah mereka telah digunakan oleh kita bagi pelbagai projek pembangunan dalam negeri ini.

“Bagaimanapun masih ada pihak pihak yang menganggap bahawa kerajaan telah merampas tanah rakyat selama ini dan dakwaan mereka ternyata tidak berasas jika dilihat berdasarkan kepada jumlah angka bayaran wang pampasan ini,” menurutnya.

Selain itu pembayaran wang pampasan terhadap pemilik tanah kata Jabu membuktikan bahawa kerajaan sememangnya memegang teguh janji mereka terhadap rakyat (pemilik tanah) selama ini.

“Nampak segelintir pihak masih tidak faham bahawa tanah yang kita dan bayar (pampasan) itu adalah untuk tujuan pembangunan yang sememangnya dapat memberikan manfaat terhadap mereka pada suatu hari kelak.

“Justeru saya meminta semua rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah sesetengah pihak berhubung hal pengambilahan tanah oleh kerajaan memandangkan itu hanyalah merupakan niat politik mereka semata-mata,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, Menteri Muda Permodenan Pertanian (Koperasi dan Peladang), Datuk Peter Nyarok Entrie, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Haji Abdul Wahab Aziz, ADUN Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel dan Penguasa JTS Betong, Peggy Ronin Edin.

Tamat.

No comments:

Post a Comment