Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 September, 2009

Demonstrasi jalanan agenda politik pembangkang kata Snowdan


Caption: MANFAATKAN...Snowdan (kiri) ketika sedang menyampaikan sumbangan raya kepada seorang penerima menerusi majlis yang berlangsung di Kampung Melayu Balai Ringin baru-baru ini.

BALAI RINGIN, Jumaat (18 Sept) – Tindakan demonstrasi jalanan yang dikelolakan oleh pihak parti pembangkang di Semenanjung Malaysia sebelum ini mempunyai hubungkait dengan agenda politik oleh pihak parti itu sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan berkata pihak pembangkang menerusi agenda politiknya mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang tidak aman berhubung aktiviti demonstrasi jalanan terbabit.

“Kebanyakkan pihak beranggapan bahawa keamanan dalam negara Malaysia selama ini adalah disebabkan oleh rakyatnya yang tidak diperintah secara demokratik oleh kerajaan dan juga tidak bebas.

“Mereka menganggap bahawa apabila berlakunya demonstrasi jalan di negara ini maka ia menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokratik...tanggapan ini salah kerana majoriti rakyat negara kita mahukan keamanan dan bukannya huru-hara,” menurut beliau.

Snowdan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri dan Berbuka Puasa bertempat di Kampung Melayu Balai Ringin, Serian baru-baru ini.

Selain itu beliau juga mahu rakyat di negeri ini menunjukkan bahawa mereka adalah matang dan bijak dari segi politik dengan menolak kehadiran pihak pembangkang di negeri ini menjelang pilihan raya akan datang.

“Kepercayaan politik yang dibawa oleh pihak Pakatan Rakyat (pembangkang) ke negeri ini nyata amat meragukan rakyat memandangkan terdapat perbalahan di kalangan pihak terbabit dalam negeri yang berada di bawah pentadbiran mereka sebelum ini.

“Justeru tindakan rakyat menolak kehadiran mereka (Pakatan Rakyat) di sini adalah sebagai langkah yang bijak memandangkan kemajuan dan kemakmuran negeri Sarawak hanya boleh dilaksana oleh Barisan Nasional,” katanya.

Snowdan pada majlis itu mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Balai Ringin.

Beliau menerusi majlis itu juga turut menyampaikan sumbangan raya kepada 32 orang anak yatim, 56 peserta Tadarus Al-Quran, 30 orang tentera dari Kem Balai Ringin, balu-balu dan keluarga miskin disamping pemberian wang ihsan kepada mangsa banjir sebelum ini.

Hadir sama ialah Kapten Fauzi Abdullah dari Kem Tentera Balai Ringin, wakil dari Pejabat Daerah Serian, Goh Ching Seng dan Aminah Ismail dari Biro Perkidmatan dan Pendidikan Majlis Islam Sarawak.

Tamat.



Pasukan Bukit Jalil FC juara bola sepak DUN Engkilili




Caption:

1.UNTUK ALBUM…Dr Rayong (tengah) bergambar kenang-kenangan dengan pemain Bukit Jalil FC dan Golden United serta Komuniti Jawatankuasa Penganjur sebaik sahaja selesai pertandingan akhir semalam.

2.TAHNIAH...Dr Rayong sedang menyampaikan hadiah kepada pasukan pemenang dalam Kejohanan Liga Bola Sepak KSK DUN Engkilili semalam.

original pix n story by Edwin Raoh - 18 sept

Pasukan Bukit Jalil FC berjaya membenam pasukan Golden United dalam perlawanan akhir Kejohanan Liga Bola Sepak Kelab Sukan Komuniti (KSK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili di Padang Majlis Daerah Lubok Antu petang semalam.

Pasukan anak buah Augustine Sait itu berjaya menundukkan kehebatan pasukan lawannya menerusi jaringan gol 2-1 dan berhasi membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM400, piala kejuaran dan pingat.

Manakala itu pasukan naib juara iaitu Bukit Jalil FC pula membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM300, piala kedudukan tempat ke-2 dan pingat. Pasukan pemenang tempat ke-3 iaitu SK Engkilili No.1 pula membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM200.

Sementara itu tempat ke-4 dalam kejohanan ini pula telah disandang oleh pasukan Semanju FC yang turut menerima hadiah wang tunai bernilai RM100. Lima pasukan lagi iaitu Borneo FC, Merio FC, SMOPE FC, Lapom FC dan Non Star masing-masing menerima hadiah saguhati sebanyak RM50.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong anak Ngipa telah diberi penghormatan untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pasukan pemenang dalam kejohanan itu.

Hadir sama untuk menyaksikan kejohanan itu ialah Pengerusi Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili Kanselor Tr Roy Edward Entalai, Pembantu Luar Kanan JASA N.28 Engkilili, Edwin Ancheh selaku Timbalan KSK DUN Engkilili dan Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen William Nyalau Badak iaitu Zainie Ajie.

Tamat...

Dari Sarawak Update.com - Protes di PEKJABAT CM

15 indigenous people including State Assemblyman for Padungan, Dominque Ng Kim Ho, PKR Sarawak treasurer general Wong Huan Yu were arrested at 2.30 pm today and brought to the Gita police station.

At about noon, the group with the Sarawak Conservation Action Network (SCAN) was holding placards and banners condemning the plan for construction of dams.

Sarawak Head Crime Investigation Department, SAC 11 Huzir bin Mohd confirmed that the group was arrested for illegal gathering at a government department.

The group later shouted outside calling for the dams not be built as they wanted to protect their forest and homes....klik pada link untuk baca berita lanjut:

Kamera DVC RTM bernilai RM200k seunit


Caption: JENG JENG...Collin ketika menunjukkan Kamera DVC keluaran Panasonic kepada penulis hari ini. Beliau bertugas membuat rakaman televisyen mengenai function Uggah di Spaoh, Betong.

Percayakah anda sekiranya penulis mengatakan bahawa kamera jenis Digital Video Casette (DVC) yang disandang oleh kakitangan RTM Sri Aman iaitu Collin anak Belor dari Lundu ini menjangkau nilai hampir RM200,000 seunit?

Kamera jenis keluaran Panasonic ini sering digunakan oleh pihak RTM ketika membuat liputan televisyen mengenai sesebuah majlis atau program yang berlangsung di mana-mana tempat.

Justeru sekiranya anda memiliki kamera jenis ini maka anda secara tidak langsung mempunyai aset yang menyamai empat atau lima buah kenderaan berjenama Perodua Kancil dengan harga anggaran RM27,000 sebuah tanpa cas bunga dan sebagainya hahahahahah haminah.

Kemuka masalah masa biasa bukan masa pilihan raya - Uggah


Caption: PENGHARGAAN...Lawson (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Empiang (kiri) sambil disaksikan oleh Uggah (tengah) ketika berlangsungnya majlis itu hari ini.

SPAOH, Khamis (17 Sept) – Rakyat tidak sewajarnya mengemukakan masalah pembangunan kepada pemimpin kerajaan acapkali menjelang pilihan raya di negeri ini demikian menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah anak Embas.

Ini kerana rakyat menurut beliau boleh mengemukakan masalah pembangunan kepada pemimpin di setiap kawasan masing-masing pada bila-bila masa tanpa menunggu tibanya waktu pilihan raya di negeri ini.

“Masalah pembangunan rakyat di sesebuah kawasan boleh diselesaikan segera sekiranya mereka bertindak awal mengutarakan masalah itu kepada kerajaan menerusi wakil rakyatnya di kawasan masing-masing.

“Mereka tidak harus menyimpan masalah ini untuk dikemukakan kepada kerajaan apabila tiba pilihan raya memandangkan pihak pembangkang boleh menjadikan masalah itu sebagai isu untuk menentang kerajaan pada waktu pilihan raya kelak,” menurut Ahli Parlimen Betong berkenaan.

Uggah yang juga Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan PBB cawangan N.32 Bukit Saban bertempat di Dewan Serbaguna Spaoh, Betong hari ini.

Selain itu katanya sekiranya projek pembangunan kerajaan dilaksanakan awal di kawasan rakyat maka pihak pembangkang akan menghadapi kesukaran untuk mencari ‘modal’ bagi menentang kerajaan ketika menjelang pilihan raya di negeri ini.

“Ahli PBB di kawasan ini (N.32 Bukit Saban) misalannya boleh bertindak melaporkan kepada pihak atasan sekiranya terdapat pihak pemaju yang gagal melaksanakan projek pembangunan dengan baik.

“Justeru saya berharap agar rakyat tidak melengah-lengahkan masa untuk melaporkan masalah pembangunan di kawasan masing-masing kepada kerajaan selepas ini demi kebaikan hidup mereka pada masa akan datang,” kata Uggah.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban merangkap Pengerusi PBB cawangan N.23 Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, Senator Dato Sri Empiang Jabu, Ketua Pergerakan Pemuda PBB Bukit Saban, Tony Malang dan Naib Pemuda PBB Bukit Saban, Dr Richard Rapu.

Tamat


PESAKA + Bumiputera= PBB kuat kata Lawson

SPAOH, Khamis (17 sept) - Formula kekuatan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selama ini sebenarnya terletak pada peranan yang ditunjukkan oleh kedua-dua sayap dalam parti terbabit iaitu PESAKA dan Bumiputera.

Pengerusi PBB cawangan N.32 Bukit Saban, Robert Lawson Chuat berkata kefahaman serta toleransi yang wujud dalam kedua-dua sayap parti terbabit selama ini nyata berjaya membentuk hubungan perpaduan yang kukuh dikalangan ahli partinya sehingga sekarang.

“Perpaduan dalam PBB terbukti apabila parti PEKASA yang mewakili orang Dayak dan parti Bumiputera yang mewakili orang Melayu berjaya bergabung untuk membentuk parti tulang belakang Kerajaan Negeri terbabit tanpa sebarang masalah hingga sekarang.

“Faktor ini telah menjurus kepada kekuatan utuh PBB sehingga rakyat yakin dengan peranan kita untuk memperjuangkan kebajikan hidup mereka sehingga ke masa sekarang,” menurut beliau ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan PBB cawangan N.32 Bukit Saban bertempat di Dewan Serbaguna Spaoh, Betong hari ini.

Sementera itu Lawson yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban menasihatkan semua ahli PBB cawangan N.32 untuk mengembangkan perlaksanaan konsep 1Malaysia dikalangan penduduk dalam kawasan masing-masing.

Katanya penyebaran konsep 1Malaysia dikalangan penduduk adalah amat penting untuk menyakinkan mereka bahawa kerajaan tidak akan sesekali mengenepikan hak dan kebajikan hidup rakyat dalam negara ini.

“Kita mahu konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini diterima dikalangan rakyat berbilang kaum terutama sekali dalam kawasan DUN Bukit Sabam

“Menerusi konsep ini kita mahu rakyat agar sentiasa menyokong usaha pembangunan oleh kerajaan dan tidak mahu mereka bimbang bahawa hak serta kebajikan mereka diketepi proses pembangunan negara ini,” katanya.

Majlis yang dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Datuk Douglas Uggah Embas itu turut dihadiri oleh Senator Dato Sri Empiang Jabu, Ketua Pergerakan Pemuda PBB Bukit Saban, Tony Malang dan Naib Pemuda PBB Bukit Saban, Dr Richard Rapu.

PBB cawangan N.32 Bukit Saban sehingga kini mempunyai 17 ranting parti. Tiga daripada jumlah keseluruhan tersebut adalah merupakan ranting ‘protem’ yang baru ditubuhkan baru-baru ini.

Tamat.

15 September, 2009

Pusat Gimnasium Rakyat Sri Aman tutup 19 - 29 Sept

SRI AMAN, Rabu (16 Sept) – Pusat Gimnasium Rakyat Sri Aman yang beroperasi di bangunan Rumah MAKSAK Sri Aman di Jalan Kolam Air dalam bandar ini akan ditutup kepada orang ramai bermula 19 hingga 29 September kelak.

Jurucakap pengendali Pusat Gimnasium Rakyat Sri Aman, Yakub Zamahari ketika dihubungi berkata ia ditutup bermula dari tarikh yang dimaklumkan tersebut bagi memberi laluan kepada sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri 2009 ini nanti.

“Penutupan pusat kecergasan dan bina badan terbabit pada tarikh itu kelak akan membolehkan para kakitangannya meraikan sambutan Perayaan Hari raya Aidilfitri ini nanti,” katanya sambil menambah bahawa Pusat Gimnasium Rakyat itu kembali beroperasi seperti biasa pada 30 September kelak.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kadar sambutan orang ramai terhadap kemudahaan terbabit, beliau menyatakan bahawa jumlah orang ramai yang menggunakan kemudahan ini terus meningkat berbanding bulan yang sebelumnya.

Menurut beliau peningkatan jumlah kedatangan pengunjung yang terdiri daripada lelaki dan wanita ini adalah disebabkan oleh hasil bantuan media massa yang sering menyiarkan berita mengenai kemudahan terbabit selama ini.

“Hasil bantuan akhbar tempatan dalam negeri ini, Pusat Gimnasium Rakyat mula dikunjungi lebih ramai penduduk sehingga menyebabkan peralatan gimnasium lelaki ditempatkan di dua buah bilik yang berasingan.

“Manakala bilik gimnasium wanita pula dipindahkan ke sebuah bilik baru demi menampung jumlah kedatangan pengunjung yang lebih ramai terutamanya lelaki,” kata beliau.

Terdahulu Kemudahan Gimnasium Rakyat yang mula dibuka untuk tujuan kegunaan orang ramai pada 4 Ogos lalu kini menerima tidak kurang daripada 15 orang pengunjung dalam tempoh sehari.

Dengan bayaran sebanyak RM1 seorang, Kemudahan Gimnasium Rakyat akan dibuka untuk tujuan kegunaan orang ramai bermula jam 5.30 pagi hingga 8 malam pada setiap hari.

Kemudahan Gimnasium Rakyat yang dikendalikan oleh jurulatihnya iaitu Yakub Zamahari menawarkan pelbagai alatan yang sesuai bagi tujuan senaman angkat berat dan senaman ringan dikalangan pengunjungnya.

Tamat.