Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 January, 2012

Warga SK Saint Leo Gayau, Pantu berhadapan masalah jalan rosak


Caption:

1. KERJASAMA...Para guru dan penduduk sedang melonggok batu di laluan berbecak menuju ke SK Saint Leo Gayau ketika berlangsungnya gotong-royong itu.

2. ROSAK...Gambar menunjukkan laluan berbukit yang cukup becak dan sukar didaki dengan kenderaan biasa menuju ke kawasan sekolah berkenaan.

PANTU, Sabtu (14 Jan) – Golongan warga pendidik sememangnya wajar mendapat keselesaan daripada pihak kerajaan dalam melaksanakan tugas untuk mendidik anak-anak dari masa ke semasa.

Keselesaan yang perlu dinikmati oleh para warga pendidik ini sememangnya perlu mencakupi dari segi kemudahan penginapan, kemudahann asas, kemudahan pengangkutan dan perhubungan.

Keadaan sebaliknya berlaku terhadap para guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Leo Gayau, Pantu yang kini berhadapan dengan masalah kemudahan perhubungan iaitu jalan raya.

Jika mahu pergi ke SK Saint Leo Gayau, seseorang itu perlu menempuh laluan jalan rosak dan berbecak sejauh 15 kilometer bermula dari simpang Jalan Ubah (Jalan Sri Aman – Serian) menuju ke sekolah tersebut.

Atas sebab ini pihak SK Saint Leo Gayau telah pun bertindak melaksanakan kerja gotong-royong membaiki laluan jalan raya yang didapati mempunyai kerosakan paling teruk pada 12 Januari lepas.

Kerja gotong-royong ini melibatkan kerja melonggok batu yang dikutip oleh semua kakitangan guru dan ibubapa murid di kawasan penempatan masing-masing ke dalam lubang jalan rosak berkenaan.

Guru Besar SK Saint Leo Gayau, Ario Nasa berkata pelbagai masalah timbul disebabkan oleh kerosakan di sepanjang jalan utama yang menghubungi sekolah tersebut dengan dunia luar.

“Guru dan kakitangan sekolah sukar berulang-alik dari sekolah ke rumah disebabkan oleh masalah ini begitu juga dengan kerja penghantaran bahan api serta bahan keperluan pengajaran guru pra sekolah di sini.

“Kerosakan ini turut menganggu usaha guru untuk menghantar murid sakit ke hospital dan juga dokumen penting pihak sekolah ke ibupejabat...justeru kami merayu pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah terbabit dengan segera mulai sekarang,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa langkah penyelesaian segera perlu dilakukan terhadap masalah kerosakan jalan terbabit memandangkan Sarawak sedang dilanda musim hujan pada masa sekarang.


Terdahulu beliau bersama para guru, kakitangan sekolah dan ibubapa murid-murid SK Saint Leo Gayau telah turun padang bagi sama-sama menjayakan projek gotong-royong terbabit.

Antara mereka yang terlibat adalah Penolong Kanan (PK) I, Paul Jackson, PK Kokurikulum, Mamong Jalai, PK Hal Ehwal Murid, Rosita Griffin dan para guru iaitu Azali Murni serta Christopher Aka.

Tamat.


No comments:

Post a Comment