Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 January, 2012

Warga pendidik jangan taksub dengan politik nasihat Nyalau

Caption: UNTUK ALBUM...Nyalau (empat kiri) ketika bergambar kenangan bersama Rayong (tengah) dan tetamu khas yang lain sebelum bermulanya majlis itu hari ini.

ENGKILILI, Isnin (9 Jan) – Warga pendidik dinasihatkan tidak terlibat dalam hal ehwal politik dalam kawasan masing-masing khasnya di Engkilili selepas ini demikian menurut nasihat Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak.

Warga pendidik sebaliknya menurut beliau perlu memberi lebih banyak fokus terhadap tanggungjawab mendidik anak-anak yang datang dari kawasan luar bandar di Engkilili dari masa ke semasa.

“Jangan terlalu sibuk membincangkan hal politik kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan fokus perhatian para warga pendidik itu sendiri dalam mempertingkatkan mutu akademik murid di sekolah masing-masing.

“Beri fokus sedalamnya terhadap peningkatan prestasi murid-murid memandangkan ia merupakan amanat penting daripada pihak kerajaan yang mahu melahirkan golongan modal insan berkualiti selepas ini,” katanya.

Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perpisahan Dan Selamat Datang Guru Besar yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Empelam, dalam daerah kecil Engkilili hari ini.

Selain itu beliau juga menyokong sepenuhnya usaha untuk menaiktaraf SK Empelam kepada sebuah sekolah rendah berasrama demi kebaikan para murid yang menuntut di sekolah itu.

“Tindakan naiktaraf ini adalah amat penting agar murid-murid tidak perlu lagi berulang-alik dari SK Empelam ke rumah masing-masing demi menimba ilmu ke sekolah itu selepas ini.

“Lagipun anak-anak banyak membuang masa dengan melepak di rumah panjang setelah tamat waktu sekolah. Justeru saya menyokong penuh usaha naiktaraf sekolah berkenaan demi kebaikan murid-murid di sini,” katanya.

Nyalau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK Empelam bagi memajukan sekolah itu.

Majlis yang dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa itu menyaksikan upacara serah tugas antara bekas Guru Besar SK Empelam iaitu Ario Nasa kepada guru besar baru iaitu Hillary bajau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment